Senarai Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Raja Afiq dan Puteri Aishah

Pelakon Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Senarai Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku. Hai Korang, buat apa tu. hehe baik ini entri kedua hari ni untuk korang. aku nak kongsikan mengenai drama yang sedang ditayangkan di tv3. korang dah tengok ke ? drama nilah yang menggantikan drama titian cinta lakonan zul arifin tu. kalau korang nak tahu, pelakon drama ini terdiri daripada Raja Afiq, Puteri Aishah, Jaja Iliyes dan ramai lagi tau. aku ada tulis dekat bawah ni .

' ohh , raja afiq kacak bergaya. ' histeria peminat dia tengok gambar raja afiq. hehe

ramai yang suka dengan raja afiq sejak dia berlakon dalam dram sayangku kapten mukhriz kan. jadi drama ni pun mesti akan menarik perhatian korang untuk tengok drama ni.

untuk pengetahuan korang drama ini adalah adaptasi dari novel ' Mr Hot Guy ' karya Danisyarahmat. mesti menarik jalan cerita dia kan. selalunya novel ni ada scene-scene sweet yang ramai suka. hehe

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku


aku kongsikan dengan korang maklumat berkaitan drama lelaki itu pemilik hatiku.

Bilangan Episod : 32 episod
Tarikh Mula Tayangan : 31 Oktober 2017
Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 7.00 malam
Saluran Tayangan: TV3

Senarai Pelakon :

Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Natasya Mahyan, Liza Abdullah, Hafidzuddin Fazil, Dilla Ahmad, Jaja Iliyes, Ariff Aziz, Anne Arifin, Adiba Yunus, Shahriza Mahmud, Norlie Tamam, Ennie Sulastri, Fad Anuar,

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku 


Drama ni korang tahu tak.. dia mengisahkan tentang seorang lelaki kaya yang dicabar oleh girlfriend dia untuk mengorat seorang gadis kampung.

sebenarnya girlfriend dia dah muak dengan perangai lelaki kaya tu lakonan raja afiq yang nampak macam tak serius dalam relationship mereka.

jadi dia pun buat cabaran tu, si luqman nama diberi kepada lelaki kaya tu atau luke pun cuba mendekati seorang gadis kampung bernama nurryn.

nurryn ni pula ceritanya seorang yang tak suka lelaki kaya. jadi susahlah si luke atau lokman nak mengorat dia.

Sebenarnya si nuryn ni pekerja sebagai PA kepada lukman dan lukman ni bos. jadi korang faham jer lah setiap hari berjumpa.

sejak mula misi mengorat ni, si lokman dah mula rasa nurryn ni rare. haha
tak macam perempuan yang dia kenal.

dari situ mulalah rasa bibit cinta mula keluar.
hehe

adakah dia akan berjaya menawan hati nuryn atau tidak ? korang kena tengok dekat cerita lelaki itu pemilik hatiku ini  tv 3 lah yer.

' tak kan lah aku nak kongsikan semua kan. hehehehe '

Agak-agak koranglah kan , episod akhir lelaki itu pemilik hatiku ni nanti macam mana eh ? sekarang ni pun dah kemain stress aku layan drama ni . hahaha

Sedutan Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku .




Lagu Tema :

Penyanyi : Wani Hasrita
Lagu : Menahan Rindu

korang boleh lah tonton kesemua pelakon drama lelaki itu pemilik hatiku ini dekat tv3 ataupun boleh tengok online. ada yang dah muat naik episod baru tu. haa. rugi tau kalau tak tengok abang sado sorang ni hehe.

Previous Post Next Post