Senarai Pelakon Drama Jurnal Suraya [ TV 3 ]

14 November 2017

Pelakon Drama Jurnal Suraya

Drama Jurnal Suraya merupakan drama baru yang dibarisi oleh pelakon seperti Nad Zainal dan juga Johan As'ari. Bagi korang yang tak tahu, drama ini akan mula tayangan pada 15 November 2017 iaitu esok tau.

Pelakon-pelakon drama Jurnal Suraya


Nad Zainal memegang watak sebagai Suraya, Johan As'ari pula sebagai Alif, Ryzal Jaafar sebagai Imran, Aisya Hasnaa sebagai Karina, Sasqia Dahuri Sebagai Niesha. pelakon lain adalah Wanna Ali, Khairi Anwar, Noniswara, Kuza, Adam Shadan, Hilman Aleef, Amir Rahim, Ikhlas Jalil

Tak sabar pula nak tengok nad dengan johan dalam cerita ni kan.
kita tau memang diorang ni pelakon yang hebat.

pandai jiwai watak...
dan tak mustahil drama ni akan viral juga nanti.

sedikit info berkaitan drama jurnal suraya ini .

➽ Bil Episod : 13 episod
➽ Tarikh Mula Tayangan : 15 November 2017
➽ Saluran Siaran : Tv 3
➽ Waktu Siaran : Rabu dan Khamis , Jam 9 Malam

Rupanya drama ni diarahkan oleh Zul Huzaimy yang merupakan pelakon satu masa dahulu. aku perasan, banyak dah drama zul huzaimy yang best di tayangkan di tv 3 ni tau.

bakat dia bukan sekadar pelakon dan kini bergelar pengarah pula.

agak-agak korang macam mana drama jurnal suraya ni ya?

SINOPSIS DRAMA JURNAL SURAYA 


Nad zainal yang membawa watak sebagai Suraya merupakan seorang pesakit leukimia. dia bertemu dengan alif yang merupakan pesakit kanser tulang.

mula-mula kenal tu tak rasa apa-apa.
bila dah lama, baru rasa suka dan cinta mula muncul.

tapi.

dua-dua diam kan jer. adehh

Johan As'ari pelakon jurnal suraya

kemudian, suraya berkahwin dengan imran.
imran ni merupakan calon yang dipilih oleh keluarga suraya.

Alif pula berkahwin dengan niesha.
siapa niesha ni ? dia adalah tunang alif sebelum alif jumpa dengan suraya.

sabar cerita tak habis di situ sahaja tau.
alif dan suraya cuba untuk menyatukan hati mereka.

namun gagal. dan masing-masing akur yang sudah menjadi milik pasangan masing-masing.
agak-agak koranglah kan. apa ending drama jurnal suraya ni ?

aku pun tak dapat jangka.
sama ada suraya kawin dengan alif atau kekal dengan pasangan masing-masing.
hehehe

korang rasa ?

apa-apa pun kita kenalah tengok kesemua pelakon drama jurnal suraya ni dekat tv3 mulai 15 november nanti. rugi kalau tak tengok tau. hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kataubaid© .