Dato Ramli M.S. Pengarah Muzik dan Juri Konsert Gegar Vaganza

9 November 2017

Assalamualaikum, hai korang. tadi dok scroll facebook, nampak entri berkaitan Dato Ramli M.S . itu yang aku rasa nak tulis berkaitan Tok Ram ni. jangan risau, aku hanya bercerita mengenai biodata dato ramli M.S. siapa tak kenal dengan juri konsert gegar vaganza ni kan.

Dato ramli m.s merupakan pemuzik tanah air dan juga bekas pengetua akademi fantasi 2 dan 6. dulu-dulu ramai yang kenal tok ram kerana ketegasan dia. tapi sekarang tok ram dah lain kan.

Dato Ramli M.S. Juri Konsert Gegar Vaganza

-- " manis tengok tok ram dengan alyah kan "

makin kelakar pula bila tengok dato ramli m.s dekat gegar vaganza. sentiasa menghiburkan. yang penting tok ram dah makin banyak senyum. hahaha

-- yang kesian dengan dia ni bila nabil dengan jihan kuat bahan tok ram. dia pun layan jer kan. kadang-kadang rasa segan juga bila orang muda nampak macam tak hormat orang yang lebih tuakan.

 ' tok ram pun izinkan ' kira takpalah. hehe

Biodata berkaitan dato ramli m.s ni aku sempat kumpulkan untuk bacaan korang.

Nama  : Ramli
Asal : Singapura
Umur: 56 tahun ( 2017)

Siapa sangka nampak tok ram macam kaya sekarang ni sebenarnya dia berasal dari keluarga yang susah. dia memang bermula dari bawah. lepas darjah 6 dia dah mula bekerja sebab nak sara keluarga dia.

sebab itu kita nampak dia tegas dan berdisiplin. dia memang dah didik sedemikian dan sekarang ini adalah dia yang sebenar.

Aku suka tengok karakter dato ramli m.s. nampak garang tapi serius dalam urusan kerja. suami kepada penyanyi alyah ini pasti menjadi idola nama-nama besar dalam dunia nyanyian kerana membawa mereka bertapak dan berjaya dalam dunia seni tanah air.

ini jelah berkaitan Dato Ramli M.S yang sempat aku kongsikan biodata dia dan sedikit cerita mengenai insan seni yang dihormati ramai ini.

Gambar Dato Ramli Ms 

Dato Ramli M.S.

Dato Ramli M.S.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kataubaid© .