Cara Mudah Untuk Buat Passport Sehari Jer Boleh Siap

 Cara Mudah Untuk Buat Passport

Assalamualaikum. hari ni aku pergi ke jabatan imigresen pulau pinang untuk buat passport. ini kali kedua aku buat passport , yang pertama tu masa aku belajar di mesir.  cara nak buat passport masih sama macam 5 tahun lepas. tahun 2017 pun masih tak banyak perubahan. yang penting sehari jer dah boleh siap. dulu pun sehari juga siap.. hehe

sebenarnya tak sampai 1 jam pun dah siap buat passport.

Kalau untuk kawasan pulau pinang, korang kena pergi ke imigresen padang kota untuk buat passport. waktu operasi jabatan bermula dari jam 7.30 pagi. kira awal lah , kalau korang ada kerja boleh tunggu kejap jer kan.

cumanya nak tunggu orang panggil tu yang lemah. hehehe
lama jugalah nak tunggu number naik.

Dokumen buat passport yang korang perlukan adalah untuk

umur bawah 18 tahun  :

1. Mykid/ Mykad pemohon
2. Sijil Lahir
3. Mykad mak/ ayah

passport-malaysia

Untuk atas 18 tahun :

1. Mykad
2. Passport *Jika ada

** maklumat lain berkaitan passport ada di sini.

Harga passport sekarang 2017 adalah RM 200 untuk kita yang berusia bawah 59 tahun. atas 59 tahun semuanya harga RM 100. mereka dah selaraskan harga ni untuk mudahkan urusan kita.

--oh ya, berapa tahun usia passport ? hahaha dulu masa aku buat tahun 2012 kot, " dia tanya nak buat berapa tahun , ada setahun dan 5 tahun kalau tak silap " . harga dulu lain-lain tau.

sekarang ni, semua passport yang dibuat diberikan tempoh sah selama 5 tahun. seronoknyaa. hehe senang sikit tak yah ulang alik kan. harga pun makin murah. *cey macam aku selalu ke luar negara lak. hehe

kalau ada anak nak pergi belajar dekat luar negara, boleh buat passport cumanya ada dokumen yang di minta seperti berikut :

1. Surat Tawaran.
2. Resit bayaran yuran pendaftaran.
3. Kad Matrik jika sudah jadi pelajar

Nak buat passport kena bawa gambar ke ?  hehe aku tau ramai yang tertanya-tanya soalan ini. untuk tahun 2017 , TAK PERLU bawa gambar. sebabnnya korang akan ambil gambar on the spot dekat kaunter nanti. jadi korang hanya perlu pakai pakaian yang kemas untuk gambar passport.

seelok-eloknya pakai baju warna gelap. kalau pakai warna cerah nanti dia suruh pakai blazer atau kot dekat luar. itu SOP diorang kan. kita ikut jer. hehe kot dan blazer di bekalkan. korang ni risau jer keja. hahaha

rileks sudah.

Tips buat pasport !

baik ada satu tips untuk korang , apa dia ?
datang awal dan siap awal.

datang hari jumaat sebelum solat zohor.
maksud aku pagilah sebab tak ramai.

aku pergi dua kali.
satu hari jumaat.
memang tak ramai dan selesa.

hari ni aku pergi hari khamis, ramai dan sesak.
jadi korang pilihlah hari yang sesuai untuk korang. ngeee

passport malaysia

** kalau korang ada passport lama, ini akan terjadi pada passport tu. sebabnya korang akan dapat yang baru dan lebih up to date. hehe

Sekarang ni memang mudah dan cepat bila nak buat passport. memang puas hati dengan layanan di jabatan imigresen pulau pinang yang mesra pelanggan. kadang-kadang kesian tengok diorang. hehehe nak kena layan perangai budak-budak buat passport lagi. hehe moga allah lapangkan hati mereka kan.

korang dah baca kisah aku di terengganu, kenapa kena guna passport masuk tempat ni ? jom baca di sini .

aku rasa itu jer yang aku nak kongsikan dengan korang mengenai cara buat passport terkini untuk bacaan korang. manalah tau korang pun nak tahu maklumat ni. hehe kalau tak pun, kongsikan dengan rakan-rakan lain. semoga bermanfaat.

Previous Post Next Post