Simptom MEMBENCI semakin menular di media sosial

26 Oktober 2017

Assalamualaikum korang, sejak dua tiga menjak ni kan, aku nampak ada aura membenci dalam kalangan netizen. ada isu yang nampak kecil ja tetapi ada ja orang yang nak batu apikan jadi benda tu lagi keruh.
hentikan kebencian media sosial


ada pula netizen yang cuba melagakan orang tanpa sebab.

ada netizen yang hidupkan isu yang dah selesai.

ada oran cuba hidupkan isu halal dan haram tanpa sebab.

ohhh pening weh nak halang satu per satu.

hahaha

aku cuma nak bagi nasihat jer ni.

1. sebelum percaya satu-satu berita, tolong semak dulu ya. kebanyakkan isu yang dah selesai sebenarnya ada di google. korang just tulis balik tajuk isu, dan akan keluar sama ada isu tu dah selesai atau tidak.

2. jangan timbulkan kebencian dalam masyarakat. aku tau kita dah berpecah sangat besar, jangan mengeruhkan lagi ya.

3. isu halal . ada orang cuba nak buat isu perkauman dalam masyarakat. hati-hati , kaji selidik dulu. dan aku boleh katakan, isu ni hanya untuk menimbulkan kebencian terhadap islam. sebagai orang islam kita kena YAKIN 100 % terhadap apa yang institusi agama keluarkan.

jangan pula percaya dengan musuh-musuh islam .

akhir sekali , simptom kebencian ni sentiasa ada di media sosial. tapis elok-elok supaya kita dapat duduk dalam suasana yang baik dan positif. elakkan kontroversi tingkatkan prestasi ! hehehe bye !

3 ulasan:

  1. semoga tak semakin teruk lah simptom ini...

    BalasPadam
  2. ada benda, kita kena benci.

    ada benda kita tak perlu benci.

    So, benda ni adalah pilihan.

    Pilih la yang perlu dibenci.

    Bukan semua kena benci.

    BalasPadam
  3. Tak berani nak kata apa..takut mendatangkan amarah...hihi

    BalasPadam

Kataubaid© .