Sikit Lagi Nak Langgar Orang

20 Oktober 2017

Kejadian pagi ni lepas beli nasi lemak.

Macam biasa, nak masuk ke jalan menuju rumah aku ni ada satu trafik light.
nak masuk jalan tu, kena belok ke kanan masa bila dah hijau kan.

tiba-tiba dari jauh aku dok nampak dah motor ni dok mai selamba ja.
dalam hati aku cakap .
Related image


" dia tak berhenti ni "

bila nmpk cm tu, aku slow sikit kereta sedangkan trafik light aku dah hijau.
aku takut kereta belakang aku ja bising. haha biasalah kan orang malaysia, kalau slow mula nak hon kan.

lepas tu, dengan selamba ja dia penunggang motorsikal tu  redah trafik light merah yang sepatutnya dia kena berhenti.

aku terfikir,
kalau tadi aku laju terus,
memang dah kena dah mamat dua orang tu.

geram sangat dengan perangai orang macam ni.
kalau aku langgar tu, tak taulah hidup ke tidak.

apa yang aku nampak, dia dok sembang dengan kawan dia.
mungkin dia tak perasan trafik light dah merah masa tu.

tapi, yelah keselamatan kena jaga tau.
ini kisah benar tau, aku baru ja alami tadi. dah lah masa dok tunggu tu aku paling depan sekali. sikit lagi nak kena langgar jer diorang tu.

bila pikiaq balik, geram pun ada.
harap penunggang motosikal cakna benda ni. kami tau korang kecil jer, boleh ciluk sana sini. tapi ingat satu benda .

" kau langgar kereta, kau yang teruk kena.
kereta langgar kau, kau juga yang teruk kena "

hati-hati .

---

Korang nak tahu tak benda apa paling annoying bila kita tak boleh start kereta ?

haa, apa ya ?

nak tahu tau.

rujuk pautan ini .

aku paling takut benda tu lah.

bila kereta tak boleh start , tiba-tiba semua tak ada dengan aku. stress weh.

hehe

--

3 ulasan:

  1. nasiblah tak langgar...huishh..bahaya kot

    BalasPadam
  2. Memang penunggang motor ni kadang lampu merah pun diredah juga, nanti kalau kita langgar dia juga yang teruk

    BalasPadam

Kataubaid© .