Senarai Pelakon Drama Muzium Misteri

Senarai Pelakon Drama Muzium Misteri
Senarai Pelakon Drama Muzium Misteri


Hai, malam ni akan bermulanya tayangan drama Muzium Misteri yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon seperti Shah Sulaiman, Bell Ngasri dan Along Eyzendy. Drama ni akan mengambil slot seramedi yang mengetengahkan konsep seram dan komedi yang pasti akan membuatkan korang gelak ketawa. korang tahu ke yang pengarah drama muzium misteri ini adalah hashim rejab tau.

aku ingat lagi masa aku kecik dulu, selalu suka tengok drama melayu yang macam ni, ada kuasa-kuasa sikit hehe dulu mungkin tak banyak cerita seram komedi ni, tapi sekarang dah banyak dah. Aku yakin senarai pelakon drama muzium misteri ini pasti akan membuatkan korang gelak dan menghayati setiap scene komedi mereka.

Senarai Pelakon Drama Muzium Misteri


Pelakon yang ada dalam drama Muzium Misteri ni dah lama kita tak tengok diorang dekat tv kan. sekurang-kurangnya dengan drama ni kita tahu yang mereka masih dalam dunia seni kita kan. tak menghilang jauh.

Tarikh Mula Tayangan : 3 Oktober 2017
Saluran Siaran : TV3
Senarai Pelakon :

Bell Ngasri
Shah Sulaiman
Along Eyzendy
Sasqia Dahuri
AR Badul
Chacha Maembong
Iswan Ismail

Sinopsis Drama Muzium Misteri

kalau korang nak tahu cerita tangkap hantu macam ' Ghostbuster ' tu korang kena tengok drama ni tapi versi melayu lah . hehe drama ini mengisahkan tentang dua orang graduan dari jepun pulang ke tanah air yang tiada pekerjaan. semasa di jepun, adam dan shah mencipta alat-alat untuk menangkap hantu , dari situlah timbul idea untuk menjadi penangkap hantu.

Mereka turut meminta bantuan seorang rakan kampung mereka bernama daniel untuk membantu mereka menangkap hantu yang ada. kepakaran mereka turut di hidu seorang pemilik muzium misteri iaitu Encik Bad lakonan AR Badul. dia meminta mereka untuk menangkap hantu untuk di jadikankoleksi di muzium berkenaan.

Sebelum itu, mereka diminta untuk mengimbas badan En Bad dan di dapati memang ada penunggu misteri yang ada dengan encik bad. dari situlah mereka buat keputusan untuk mencari hantu untuk dijadikankoleksi di muzium berkenan.

tapi ada pula yang dengki dengan encik bad kerana muzium misteri kembali menjadi perhatian ramai. apa yang akan terjadi kepada adam,shah dan daniel? kenapa anak en. bad cantik sangat tu. siapa pula yang dengki dengan en bad ? semua persoalan ini akan terjawab bila korang tengok drama ini.

Gambar Pelakon Drama Muzium Misteri

Senarai Pelakon Drama Muzium Misteri
Senarai Pelakon Drama Muzium Misteri

Senarai Pelakon Drama Muzium Misteri
Senarai Pelakon Drama Muzium Misteri



Tak sabar lak nak tengok drama seramedi ni kan. yang pasti sebab senarai pelakon drama muzium misteri ni lain dari lain tapi terkenal dengan komedi mereka kan. korang jangan lupa layan mulai 3 oktober ni tau. selamat menonton.

Previous Post Next Post