Pertama Kali Ke Design Village Pulau Pinang

2 Minggu lepas kalau tak silap, aku pergi ke Design Village yang terletak di Batu Kawan Pulau Pinang. Apa yang ada di sini ? pada mulanya aku dengar ada banyak kedai shopping jer dalam satu kawasan , tapi sebenarnya banyak betul kedai dalam design village ni.

Bayangkan kedai seperti KFC , Padini, Esprit , Bonia, adidas dan banyak lagi outlet-outlet yang ada di sini. jadi pengalaman pertama ke Design Village memang tak mengecewakan. korang kena kuat mental dan fizikal jer bila masuk sini.

Pertama Kali Ke Design Village Pulau Pinang
Pertama Kali Ke Design Village Pulau Pinang

Pertama Kali Ke Design Village Pulau Pinang


Kalau korang dari pulau pinang, untuk ke DESIGN VILLAGE ni aku nasihatkan korang guna jambatan kedua sebab memang dekat sangat dengan jambatan. lepas turun jambatan, korang ambil simpang ke kiri dan tak perlu masuk ke tol utama. lepas masuk tu, terus jer sampai korang nampak mall ni.

Parking di sini bertiket, jadi korang ambil tiket dan bayar di booth yang telah di sediakan. 

Apa yang ada di Design Village ?

orang yang pertama kali mai sini macam aku, memang teruja habis weh sebab ada macam-macam dekat sini. Ada KFC, baskin robin, kedai makan , padini, al-ikhsan, kedai alatan rumah. ada kedai cenderahati dan macam-macam lagi. 

kalau bawa orang perempuan ni memang tak jumpa dah diorang. hehehe

Design village ni terkenal dengan struktur binaan yang unik dan mesra alam. bayangkan di dalam tempat ni ada pokok menghijau, ada air seperti sungai yang menghiasi tempat ni. gambaran untuk tempat ni adalah kedai-kedai di susun macma dalam shopping mall dan diantara blok kedai tu ada pokok -pokok yang menghijau.

Pertama Kali Ke Design Village Pulau Pinang
Pertama Kali Ke Design Village Pulau Pinang


Memang seronok , anak-anak pun senang jer boleh berlari dan memang luas sungguh. ada tempat permainan kanak-kanak dekat sini.

ada satu benda yang aku tak suka, korang tahu, tempat ni dah cantik dan mesra alam. tapi ada juga makhluk tak bersyukur ni pi hisap rokok dalam kawasan ni. tempat memang open, kedai pula sebelah-sebelah dan bukan berbentuk macam kompleks beli belah. dia macam kedai runcit dekat taman perumahan yang ada rumah kedai tu.

haa.. tapi lagi lawa lah. ada pula yang hisap rokok. mungkin lepas ni pihak design village kena keluarkan notis untuk larangan merokok di kawasan berkenaan. satu nya sebab ada budak-budak dekat situ, nanti depa sakit kan dah susah mak ayah.

itu yang buat aku rasa terkilan sikit bila jalan-jalan dekat sini. dari segi kebersihan memang terbaik. aku suka aku suka aku suka. hehehe

Alamat Design Village Mall

Design Village Outlet Mall
733, Jalan Cassia Barat 2,
14110, Bandar Cassia, Penang
Malaysia
Business Hour: 

Monday - Thursday: 11.30AM - 9.30PM 
Friday, Saturday, Sunday & Public Holiday: 11AM - 10PM

Tel: (6)04-5899888
Fax: (6)04-5899168
Email : sayhello@designvillage.today

nanti kalau korang mai penang ke, singah lah tempat ni. tak yah singah Queensbay dah. sini lagi best. hehe aku kongsikan pengalaman aku ke design village ni supaya korang boleh rasa bertapa bestnya mai sini. dia lagi best kalau mai sini dengan ada duit berkepuk-kepuk. hahaha kalau tak , melangut jer lah kan . hehehe 


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.