Dalam hidup ni, kita kena belajar hargai orang , Kenapa kita perlu hargai orang

13 Oktober 2017

Assalamualaikum. salam jumaat. orang selalu cakap dekat kita supaya kita sentiasa hargai orang lain. tapi sebelum tu, terima kasih ya sebab baca entri " Dunia Blog yang turun dan naik " sebelum ni, kalau korang tak baca lagi , pi lah komen dan baca. hehehe

ramai orang tak reti nak hargai orang lain. apa yang dalam otak depa ni adalah nak puaskan hati depa sendiri sahaja. perasaan orang lain tak di hargai. tapi kan , dalam banyak-banyak soalan, kenapa kita kena belajar untuk hargai orang lain ?

 Kenapa kita perlu hargai orang
 Kenapa kita perlu hargai orang 

Jawapannya mudah kerana kita tak boleh hidup seorang diri. ya dalam dunia ni macam-macam orang yang kita jumpa setiap hari. jadi pelbagai cara untuk kita dekati mereka ini. ada kala , depa senang masuk dengan kita. ada kala kita pula yang terasa hati dengan mereka.

kadang-kadang tu sampai bergaduh.

tapi kalau kita ada nilai penghargaan di antara satu sama lain, maka kita akan buang ego kita dan kembali berbaik semula kerana apa? kerana kita hargai nilai persahabatan dan juga jasa baik orang kepada kita

JANGAN SOMBONG

ini punca utama dia adalah sombong. kita rasa kita lebih hebat dari dia . maka sebab itulah kita tak rasa nak hargai orang lain. tapi masih nak minta tolong itu dan ini.

buanglah ego to sahabat. kembali berpijak pada bumi yang nyata.

HARGAI BILA ORANG DAH MATI

ini pula penyakit manusia. masa hidupnya si fulan , orang tak pandang langsung siap kecam dan marah bagai. tapi bila dah mati baru teringat satu per satu jasa baik orang tu dengan kita. sudahlah kau dah terlambat.

CARA HARGAI ORANG LAIN

mudah jer sebenarnya, tapi kalau tak kena cari nanti jadi susah. nak hargai orang adalah dengan cara kita ucap terima kasih, cakap dengan bahasa yang elok-elok, tidak bergaduh, di buruk sangka dengan orang tersebut. kalau ada rezeki lebih, boleh belanja makan dan sebagainya.

ia ikut orang yang kita berusan tu kerana ia ada cara tersendiri untuk tackle mereka.

Tuan dan puan,

belajar lah hargai orang yang ada di depan mata kita. jangan sesekali sia-siakan mereka. tak kiralah sama ada keluarga kita, pekerja kita, rakan kita dan lain-lain . sama-sama kita belajar menghargai orang lain insyaallah .

2 ulasan:

  1. saling menghargai = adab

    BalasPadam
  2. Terutama orang yang selalu ada dengan kita waktu susah, hargai mereka :)

    BalasPadam

Kataubaid© .