Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mangkat

Share:
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mangkat. Allahu, mendapat perkhabaran mengenai kemangkatan Sultan Abdul Halim iaitu Sultan Negeri Kedah sebentar tadi merupakan antara perkara yang sedih dan sayu untuk didengari. Baginda seorang sultan yang mesra dengan rakyatnya dan di sayangi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kita Hadiahkan Alfatihah kepada baginda semoga dipermudahkan urusan baginda di alam sana. Insyaallah.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mangkat
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mangkat

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mangkat


Kita masih menantikan sidang media dari Menteri Besar Kedah . Di laporkan bahawa , Al-marhum meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi pada 11 september 2017. Saya pasti, seluruh negeri kedah bersedih dengan pemergian ini. kami memang sangat dekat dengan sultan kedah.

Almarhum mempunyai hubungan yang baik dengan rakyat kedah dan rakyat malaysia. baginda juga pernah menjadi Yang Dipertuan Agong sebanyak dua kali. pasti, jasa baginda dan kenangan bersama baginda akan di ingati sampai bila-bila.

banyakkan doa dan sedekahkan alfatihah untuk almarhum.

--

sedih bila dengar perkhabaran ini, tapi nak buat macam mana, lumrah kehidupan. Sultan kedah, sultan abdul halim juga antara pemimpin dunia yang paling lama berada di atas takhta pemerintahan. Semoga rakyat negeri Kedah tabah menghadapi perasaan sedih kerana kehilangan seorang sultan yang sangat baik dengan kita semua.

Alfatihah

Sumber berita : Sultan Kedah Mangkat

1 comment: