Beli Produk Batik di Natural Batik Village, Pahang

Beli Produk Batik di Natural Batik Village, Pahang. Dalam entri aku sebelum ini aku ada cakap dengan korang mengenai Natural batik village yang terletak di Balok Pahang. korang pernah ke sampai dekat sini? Natural Batik Village ini adalah sebuah kawasan yang memberi maklumat mengenai batik. ada macam-macam dekat sini. kalau korang datang terengganu atau cherating, tempat ni berada di tengah-tengah di antara kuantan dan cherating.

Sebelum sampai tempat ni, kami jalan-jalan dekat East Coast Mall dulu, lepas tu mak aku cakap dia nak mai sini. jadi terus sampai sini lah jawabnya. kalau tak aku pun tak singgah sini. hahaha

Beli Produk Batik di Natural Batik Village, Pahang
Beli Produk Batik di Natural Batik Village, Pahang



Beli Produk Batik di Natural Batik Village, Pahang

Korang yang minat batik atau nak beli batik, korang boleh singgah di sini untuk beli batik di natural batik village ni. macam-macam ada. ada baju batik, ada kain batik, baju kelawar yang bercorakkan batik pun ada.

Selain itu, ada juga jual di sini cenderamata yang comel-comel. ada penyulah dan lain-lain. teringat pula kisah di pusat penerangan penyu hari tu. hehe

Korang juga boleh belajar melukis batik di sini, ya di natural batik village ini ada menyediakan peluang kepada anda untuk mewarna batik yang telah di khaskan. boleh lah ambil feel lukis batik dekat sini. aku tak sempat nak cuba sebabnya masih baru buka masa aku singgah, jadi peniaga pun macam blur-blur lagi . haha

Jadi kami sempat beli cenderahati ja dekat sini. Harga batik di sini nampak macam mahal , tapi aku jujur cakap yang aku tak up to date sangat pasal batik ni. jadi kalau korang rasa harga tu okay, korang beli lah tapi memang kualiti dia lawa-lawa. aku pun rasa nak beli satu masa tu. hehe

Ada juga di sediakan restoran untuk korang. aku tak pasti dia buka siang ke tidak, masa aku pi haritu tak buka lagi. nampak macam kedai seafood tapi tak taulah. ya, kedai makan tu dalam natural batik village tersebut.

Alamat Natural Batik Village, Pahang

Alamat : Kampung Cengal Lempung, 26100 Balok, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi : 10 am–7 pm
Number Telefon: +60 9-544 7335
laman Web : http://naturalbatik.com.my/

Gambar Natural Batik Village, Pahang

Beli Produk Batik di Natural Batik Village, Pahang
Beli Produk Batik di Natural Batik Village, Pahang

Beli Produk Batik di Natural Batik Village, Pahang
Beli Produk Batik di Natural Batik Village, Pahang


Beli Produk Batik di Natural Batik Village, Pahang
Beli Produk Batik di Natural Batik Village, Pahang


Penutup

Pencinta batik sekalian, korang kena singgah ke Natural Batik Village ini untuk dapatkan produk-produk yang di jual di sini. memang menarik untuk meneroka kawasan ini dan juga rasa pengalaman melukis batik yang terbaik. serius korang tak akan rugi sampai sini . Jumpa lagi di entri Pantai Teluk Cempedak pula.

2 ulasan:

  1. kakak IQ pernah buat liputan utk assignment dia dkat sini. dulu...masa zaman dia belajar kewartawanan...hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.