Ini yang Menarik di Kuantan Pahang

Assalamualaikum, apa yang best dekat kuatan pahang ? hehe itulah persoalan bila tanya aktiviti yang boleh buat di area kuantan. aku pun pertama kali sampai di kuantan ini masa aku bercuti di cherating. Masa aku survey apa yang ada dekat kuantan ni aku tak jumpa apa yang best pun. tapi aku yakin orang kuantan mesti tau tempat yang best area kuantan ni kan.

Waktu cuti haritu, kami rancang nak pergi kuatan dan teroka apa yang ada di sana. disebabkan hari kedua di sana tu ada kisah misteri yang aku ceritakan sebelum ini berlaku, jadi kami terpaksa anjak semua aktiviti hari kedua ke hari ketiga. sebab kami kena balik awal ke pulau pinang kerana tak mahu terjebak dengan jem.

Ini yang Menarik di Kuantan Pahang
Ini yang Menarik di Kuantan Pahang


Ini yang Menarik di Kuantan Pahang


Jadi hari ketiga tu memang mampat gila aktiviti. nak pi kawasan kuatan pun terpaksa pergi setengah hari sahaja. sebab belah petang dah nak pergi ke pusat penerangan dan santuari penyu. Nanti di bahagian bawah, aku kongsikan tempat menarik di kuatan yang di berikan oleh rakan blogger aku.

Kami keluar awal dari cherating menuju ke kuantan. bila awal pagi ni, korang faham-faham jela kedai pun tak buka lagi. jadi kami singgah di sebuah mall yang baru dan cantik. katanya mall terbesar di kuantan. Nama dia adalah East Coast Mall di Kuantan.

Memang besar mall ni, baru pun baru. cantik juga dekorasi luaran dan dalaman dia. sempat jugalah kami membeli belah di sini. kalau yang pernah sampai ke Quensbay Mall Pulau Pinang, East Coast ni lebih kurang jer. panjang dan bertingkat-tingkat.

Blogger Ina Ainaa cakap dekat mall ni yang best nya adalah panggung wayang dia. tapi aku tak sempat nak cuba tengok wayang dekat sini sebab aku kejar masa kan. jadi mungkin lepas ni kalau aku singgah sini lagi.

Lepas habis beli belah, kami pergi ke Natural Batik Village. korang nak tau apa yang best dekat sini ? nanti aku ceritakan dalam entri seterusnya tau. tunggu ! hehe

Ini yang Menarik di Kuantan Pahang
Ini yang Menarik di Kuantan Pahang

--

Koleksi Pengalaman Menarik Blogger ke Kuantan Pahang .


Aku nak kongsikan tempat menarik yang di cadangkan oleh rakan blogger aku jika sampai di Kuantan pahang ni. kiranya tempat menarik di kuantan lah.  Blogger papa G atau namanya Faizal ada mencadangkan 4 tempat menarik di Kuantan. kalau korang nak tahu, baca  4 tempat menarik di kuatan by blogger Papa G.

Yang kedua, taiko kawasan kuantan. hahaha blogger shakir atau di kenali sebagai Shark ada mencadangkan untuk korang cuba burger legend kuantan. fuhh sedap nampak orang beratur panjang. korang dah cuba ke belum ?

Seterusnya kak nina, blogger juga ni ada tulis pasal Ikan Patin tempoyak di temerloh pahang. korang boleh lah baca melalui link yang aku kongsikan tersebut. dan yang terakhir ada perkongsian dari kak hani juga seorang blogger mengenai trip to kekuatan. banyak pengalaman mereka yang berguna untuk kita.

--

Akhir sekali, untuk tempat menarik ni, aku tak ada tempat yang specific untuk korang terjah. mungkin entri seterusnya ada dua tempat yang menarik di kuantan untuk korang terjah. sabar ya, nanti aku update. hehe

Jom kongsikan entri apa yang menarik di kuantan ini di media sosial anda. sungguh inilah penghargaan kepada kami sebagai penulis blog. undilah saya ! cececece hahaha macam ahli politik lak .chow !

Previous Post Next Post