" Jangan Salahkan Haziq "

30 Ogos 2017

Pertama sekali, aku na ucapkan tahniah buat skuad negara yang memenangi pingat perak dalam perlawanan akhir bola sepak. Tumpuan memang sudah terarah pada skuad negara untuk beraksi di pentas final namun apa kan daya rezeki tidak menyebelahi kita.


Jangan Salahkan Haziq
Jangan Salahkan Haziq


Sedih ?

Siapa tak sedih bila kalah di final.

kalau peminat bola sepak tak sedih tu bukan peminat.

tapi peminat bola sepak boleh move on walaupun kalah.

Jangan Salahkan Haziq !


Aku baca media sosial, ramai yang menyalahkan haziq kerana menjaringkan gol sendiri.

Bagi aku, kalau aku ada di posisi haziq sekali pun, aku akan buat benda yang sama.

Tolak bola keluar, tapi nak buat macam mana , bola tu termasuk dalam gol.

Sudah-sudah kecam haziq, dia masih muda.

Dia aset negara bersama dengan rakan-rakannya yang lain.

Mereka akan menjadi pengganti kepada pemain Harimau Malaya.

mereka masih belajar.

kita doakan mereka segera bangkit lepas ni.

--

Buat Haziq, kau dah buat yang terbaik bro !

normal lah, kau banyak gila save semalam.
kalau tidak mungkin kita dah bolos banya gol.

Kau matang di usia kau sekarng ni. itu ja.

aku bangga malaysia ada keeper tenang macam kau.

bangkit tau ! jangan sedih-sedih. kita fokus AFC U 23 pula.

--

Buat peminat, usah lah menunding jari lagi. mereka tetap beri pingat dekat kita.

Ucaplah tahniah, kerana mereka dah banggakan kita.

Tahniah semua.

ingat benda ni

" Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama"

1 ulasan:

  1. Betul tu.. Haziq x salah.. kalau dah takdir kalah, haziq dapat tolak jauh pun akan masuk juga..

    BalasPadam

Kataubaid© .