JANGAN AMBIL 'PORT' KISAH RUMAHTANGGA ORANG

17 Ogos 2017

Assalamualaikum, hari ni kita sembang santai sat berkenaan dengan satu isu yang menjadi kegemaran rakyat malaysia. ya, macam yang korang baca tajuk atas ni, pasal kisah rumah tangga orang. korang perasan tak yang sekarang ni banyak kisah rumah tangga orang menjadi bualan hangat di media sosial.

Terutamanya kisah rumah tangga artis. bila tengok headline pasal rumah tangga orang, laju jer nak komen bagai, nak kecam dan tak kurang juga yang rasa nak back up jantina masing-masing. aku kesian tengok netizen sekarang ni.

JANGAN AMBIL 'PORT' KISAH RUMAHTANGGA ORANG
JANGAN AMBIL 'PORT' KISAH RUMAHTANGGA ORANG

JANGAN AMBIL 'PORT' KISAH RUMAHTANGGA ORANG


sebab apa aku kesian, sebabnya adalah korang buang masa korang untuk menyibukkan diri dengan kisah rumah tangga orang. serius weh, kalau korang ada masalah keluarga, korang nak orang luar tahu ke masalah keluarga korang ?

Mesti Tak kan.

habis tu kenapa sibuk sangat nak kacau rumahtangga orang. Hari ni rumah tangga dia bergolak, entah esok atau lusa rumah tangga kita pula bergolak. nauzubillah. kebanyakkan komen yang aku nampak lebih kepada kecam sebelah pihak dengan alasan nak back up golongan mereka.

JANGAN AMBIL 'PORT' KISAH RUMAHTANGGA ORANG
JANGAN AMBIL 'PORT' KISAH RUMAHTANGGA ORANG

hahahaha

macam kes alif aziz baru ni, sampai sekarang benda tu masih jadi bualan netizen. padahal mereka dah berbaik semula. terbaru ni kisah hafiz hamidun pula. semalam kisah saleem dengan anak dia. fuhh rajin sungguh rakyat malaysia ambil port benda-benda ni.

satu nasihat aku,

jangan menyibuk rumahtangga orang, nanti rumahtangga sendiri bergolak mesti ada yang datang menyibuk. tak percaya ? buatlah . nanti korang akan kena balik. serius aku cakap. sudah-sudahlah beri pendapat yang tak berfaedah dalam post-post pasal rumah tangga orang, depa bukan baca pun. silap-silap kita pulak jadi penfitnah sebab kita komen tanpa usul periksa.

baca juga : Isteri bantu suami jadi lebih baik.

jaga emosi di media sosial tau.

ni aku tak cerita pasal page KRT lagi ni. haaa kalau aku masuk ni, memang kena dekat batang hidung masing-masing ni. hahaha takpalah, udah-udahlah yer baca KRT tu. nanti dia akan ganggu emosi korang dengan pasangan korang. sebab bila kita baca, aura negatif akan masuk dalam otak kita, kemudian dia akan jadikan kita takut dan phobia walaupun dengan pasangan sendiri.

bahaya tu. nanti kita pulak yang bermasalah.

sorry lah, aku tulis entri macam ni hari ni. aku memang dah lama nak tulis dan disebabkan ia makin menjadi-jadi, jadi aku tulis juga supaya dapat menyedarkan kita bersama. ingat, blog-blog tu tak akan tulis benda yang orang tak minat baca. kalau dia update satu isu tu mesti ramai yang baca. trafik masuk. hahaha

blogger mesti faham.

hati-hati ya. jangan ambil port benda yang kita tak tau sahih ke tidak. pastikan kita tau keseluruhan cerita baru komen. elakkan menfitnah salah satu pihak atas dasar kita geng dia atau sebagainya. semoga bermanfaat.

Entri sebelum - viral tempat ini di serbu .

1 ulasan:

Kataubaid© .