Bangga Tengok Malaysia Dapat Emas ke 111

Bangga Tengok Malaysia Dapat Emas ke 111. Semangat yang ditonjolkan oleh rakyat malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ini sememangnya satu pencapaian yang agak menarik bagi atlet. bukan selalu dapat beraksi dalam negara sendiri. betul tak ?

aku cuma nak bagitau yang malaysia telah berjaya memecahkan rekod negara pada tahun 2001 dalam Sukan SEA kuala lumpur juga ketika itu dengan pengutan pingat emas sebanyak 111 pingat.


Bangga Tengok Malaysia Dapat Emas ke 111
Bangga Tengok Malaysia Dapat Emas ke 111

Bangga Tengok Malaysia Dapat Emas ke 111



semalam memang tak senang duduk sambil menantikan pungutan ingat emas ke 111 negara. memang terkejut dan bangga bila atlet negara mampu bersaing dan memecahkan rekod negara kita.

Tahniah buat semua atlet negara yang bersaing dalam sukan SEA kali ini. Berbaki lagi dua hari sudah pastinya kita nak pulun seberapa pingat emas yang ada untuk kejohanan kali ini.

pada tahun 2001 dulu, aku masih kecik, jadi tak tau sangat pasal sukan SEA ni. sekarang tahun 2017, aku memang nak tengok sejarah ini dengan mata kepala aku sendiri. kerana semangat kesukanan, kita raikan kejayaan kita ini. fuhh sebak weh.

Malaysia juga hampir pasti di nobatkan sebagai juara keseluruhan bagi edisi kali ini. satu pencapaian yang membangga kan.

oh ya, pingat yang ke 111 di miliki oleh Azizul Hasni Awang dalam acara berbasikal semalam.

Tahniah Malaysia.

Entri sebelum - 7 Tempat Menarik di Kuala Terengganu .

Previous Post Next Post