7 Fesyen tudung islamik untuk muslimah

7 Fesyen tudung islamik untuk muslimah. Menutup aurat merupakan perkara wajib bagi seseorang wanita islam.ia bertujuan untuk memelihara maruah mereka di samping menyelamatkan mereka dari pandangan tidak elok dari lelaki yang ada niat jahat terhadap mereka. Zaman sekarang ni aku rasa ramai dah tahu hukum tutup aurat kan. Mungkin masih belum mampu untuk menutup aurat.

Ditambah pula sekarang ini , aku nampak banyak sungguh fesyen tudung yang ada di pasaran. aku risau dengan fesyen tudung yang tak patuh syariat. banyak dah dekat pasaran fesyen tudung macam tu. tapi pelik juga, sebab apa ada juga yang beli. ermm .

7 Fesyen tudung islamik untuk muslimah


Secara umumnya menutup aurat bagi wanita adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tidak boleh menampakkan bentuk badan bila berpakaian. untuk tudung pula, korang kena ikut kriteria yang di tetapkan seperti di bawah.



7 Fesyen tudung islamik untuk muslimah
7 Fesyen tudung islamik untuk muslimah


1. Tak Jarang
2. Tak Ketat
3. Tak melekat pada dada
4. Tak singkat
5. Tidak tabarruj *berhias
6. Tidak Syuhroh
7. Tak tasyabbuh *tidak menyerupai agama lain .

aku yakin korang faham mengenai fesyen tudung islamik ini. cumanya aku harap korang ada kekuatan nak ikut semua ketetapan yang telah digariskan oleh islam bagi menjamin kebahagian korang di dunia dan di akhirat.

Yakinlah,

Allah suruh tutup aurat ini pasti ada kebaikkan  untuk korang. aku pernah terbaca satu ayat " kalau lah orang perempuan tahu pandangan lelaki selalu melihat mereka di bahagian badan mereka yang mana satu, pasti mereka akan menutup aurat mereka dengan sebaik-baiknya . " aku tak pasti ayat ni aku jumpa dekat mana. tapi aku pernah baca. hehe

Korang tutup aurat ni sebenarnya dah cukup cantik. Korang buat diri korang istimewa untuk orang yang halal dengan korang. Aku bagitau ni, orang lelaki suka perempuan jadikan dia orang yang special. contoh, dia seorang jer pernah tengok rambut korang dalam dunia ni dan sebagainya.

kalau ada lelaki suruh dedahkan aurat, TINGGALKAN LELAKI itu !

Semoga perkongsian aku ini bermanfaat. Nak berfesyen dengan tudung itu boleh, pastikan ia mengikut syarat-syarat yang di tetapkan. kalau tak ikut , bimbang-bimbang amalan tak di terima .. rugi jer kau pakai tudung kan.

Entri sebelum - Viral Hantu Roti kena tau benda ni !



1 comment:

  1. Trend tudung ni bermacam-macam . Dari segi material , dari segi bidang tuding tersebut . Kita sebagai pemakai kena bijak memilih ..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.