Maksud Peribahasa " Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin "

16 Julai 2017

Maksud Peribahasa " Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin "
Maksud Peribahasa " Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin "


Baru ni kan ada drama bertajuk Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang di tayangkan di tv 3. Aku pun terfikir , ni macam peribahasa jer. jadi aku pun carilah maksud peribahasa pinggan tak retak , nasi tak dingin. setelah sekian lama tak belajar peribahasa kan. akhirnya aku google jugak lah. hehe

kalau korang nak tahu, maksud dia adalah

" Orang Tak mahu, aku pun tak hingin "

Lebih mendalam maksud dia adalah  " sama-sama tak hingin "

Lebih kurang lah maksud dia macam tu.

Sekali sekala ada drama yang guna peribahasa ni , boleh lah kita belajar sesuatu daripada tajuk drama tu kan. tak lah sia-sia jer tengok drama.

Penggunaan ayat untuk peribahasa ini :

" dia tak suka, aku pun tak mahu "

macam dua-dua tak mau antara satu sama lain.

aku harap kita fahamlah kan peribahasa Pinggan tak retak , nasi tak dingin ni . nanti anak-anak tanya kita dah tau nak jawab apa kan.

sekian.


Update 23 Ogos 2017 : terdapat beberapa pendapat mengenai peribahasa ini. ada yang mengatakan ia adalah pantun dan ada juga yang mengatakan ia peribahasa.

kalau pantun ia berbunyi :

Pinggan tak retak, Nasi tak dingin,
engkau tak hendak, aku tak hingin.

harap ini menyelesaikan kekeliruan anda . :)

4 ulasan:

  1. IQ dengar dekat Hotfm pagi ni tentang drama ni bersama2 pelakon utamanya. macam best je cerita ni

    BalasPadam
  2. Macam salah je maksud tu. Haha.

    BalasPadam
  3. Kalau Tanya Cikgu Google begitulah jawapannya- salah bro

    BalasPadam

Kataubaid© .