Cara Puasa Enam Bulan Syawal dan Puasa Ganti Ramadhan

Bila masuk bulan syawal sahaja, mesti ramai di antara kita yang nak puasa enam. Sebelum puasa, kita kena taulah macam mana cara puasa enam ni kan. ada orang tanya boleh ke gabungkan puasa enam dengan puasa ganti. Soalan- soalan ini semuanya soalan rutin mengenai ibadah yang menjelma setahun sekali ini.

Jadi kita pun kena lah ulang kaji, kalau tak mesti kita tak ingat kan. Baik, untuk menjawab soalan tersebut , aku huraikan secara ringkas dahulu mengenai cara puasa enam digabungkan dengan puasa ganti. dan kemudiannya , kita tengok video ustaz azhar idrus menjawab kemusykilan kita semua.

Penting untuk kita rujuk ulama atau ustaz yang betul-betul ahli dalam bidang ini. Supaya ilmu kita juga diberkati. Yang paling penting kita tak jadi pak turut.

Cara Puasa Enam Bulan Syawal dan Puasa Ganti Ramadhan
Cara Puasa Enam Bulan Syawal dan Puasa Ganti Ramadhan. 

BOLEH KE GANTI PUASA SEKALI DENGAN PUASA ENAM ?


Ramai tanya mengenai soalan ini , mengikut ustaz azhar idrus ( UAI ) , dengan rujukan dalam kita yang di nyatakan oleh uai, sebilangan besar cakap TAK BOLEH gabungkan puasa enam dengan puasa ganti. Dan sebilangan kecil kata BOLEH gabungkan kedua-duanya.

Maksudnya di sini , ulama khilaf dalam bab ini. Jadi bila khilaf , ia adalah satu rahmat untuk kita. maka nak ikut yang mana ni ? jawapannya adalah : boleh ikut mana-mana pandangan.

Kalau nak ikut pandangan yang cakap tak boleh gabung pun boleh dan nak ikut pandangan yang cakap boleh gabung pun boleh.

tapi jangan pula cakap orang yang ikut pandangan berbeza dengan kita itu salah . sebagai contoh, korang pilih untuk ikut pandangan yang boleh gabungkan puasa enam dengan puasa ganti, jangan pula korang cakap dekat orang yang ikut pandangan tak boleh gabung puasa itu salah , begitu juga sebaliknya.

disiplin ilmu bila berhadapan dengan khilaf ia macam ni, pilih yang mana kita nak ikut dan bersesuaian dengan kita. Bab khilaf ni satu jer , kita kena banyak raikan pendapat dan hormat pendapat dan pegangan orang lain. lebih kurang bab qunut dalam solat subuh, ada yang nak buat ada yang tak nak. mana-mana pun boleh.
Cara Puasa Enam Bulan Syawal dan Puasa Ganti Ramadhan
Cara Puasa Enam Bulan Syawal dan Puasa Ganti Ramadhan


VIDEO PENDAPAT USTAZ AZHAR IDRUS MENGENAI GANTI PUASA SEKALIKAN DENGAN PUASA ENAM.

Dah, mai dengar pendapa ustaz azhar idrus mengenai gabung puasa enam dan puasa ganti sekali gus. boleh atau tidak ? selamat menonton .


Kesimpulan,

Ilmu berkaitan puasa enam dan puasa ganti ini boleh di laksanakan juga bila kita puasa sunnat di luar bulan syawal nanti. sebagai contoh, kita puasa sunna isnin khamis kan, kita boleh sekali kan dengan puasa ganti. niat puasa ganti dahulu baru puasa sunnat.

Aku harap sangat pencerahan mengenai cara puasa enam bulan syawal dan ganti puasa ini membantu kita semua mendapat serba sedikit maklumat dan info mengenai ibadah yang kita lakukan ini. kalau tak faham juga, sila rujuk ulama dan ustaz-ustaz yang berdekatan dengan korang supaya lebih faham.

Sekian.

Previous Post Next Post