VIRAL ! ADIK BERADIK BERGADUH KERANA GITAR

Bila nak musim hari raya ni kan, mesti kita teringat pasal keluarga kita di kampung. Ada keluarga yang happy , ada keluarga yang tak bertegur sapa dalam tempoh yang lama dan sebagainya.

Ada juga yang bergaduh sebab harta sampai  putuskan silaturrahim.

Allah

Kalau korang yang baca entri ni, aku minta usahalah sikit untuk berbaik-baik balik. walaupun nampak susah tapi usaha kena ada.

Moga kita di akhirat nanti tak di golongkan dalam golongan yang memutuskan silaturrahim.

Ada satu kes ni.

Dua orang adik beradik dalam perjalanan balik kampung untuk sambut raya, dalam perjalanan kereta mereka rosak yang teramat.

Si abang tengah pening kepala fikir jalan untuk tetap pulang ke kampung.

Si adik pula, tak habis-habis berleter dekat si abang.

Abang dia marah, kemudian memecahkan gitar di tangan adiknya itu.
Adik beradik bergaduh
Adik beradik bergaduh


Maka bermulalah episod tak mengaku adik beradik hanya kerana gitar yang di pecahkan.

Mula-mula takut juga cerita ni , yela korang sendiri taukan kalau abang sulung mengamuk macam mana. habis semua orang akan kena marah dengan dia . betul tak ?

tapi itulah dah marah memang semua tak nampak dah. korang nak tahu apa yang jadi dekat adik beradik ni di pagi raya ? korang tengok dekat pautan ini .

Korang rasa boleh ka diorang berdua ni berbaik balik di pagi raya ?

atau mustahil ?

geram betul aku tengok perangai si adik tu bila kereta rosak. kalau aku pun memang kena lempang dah budak tu. adeehh.. 

aku yakin korang pun sama kan.

Pendek kata, adik beradik ada pasang surutnya. jangan kerana dunia kita bergaduh dan berpisah antara satu sama lain. maafkanlah andai kesalahan di lakukan oleh adik beradik lain. kalau kita buat salah, kita yang minta maaf.

Sekian .

No comments

Powered by Blogger.