Terawih Makin Kosong, Di mana kita ?

Share:
Kita berada di fasa kedua ramadhan dimana di fasa ini kita berada dalam fasa keampunan Allah. Mohonlah ke ampunan sebanyak mungkin, moga kita di ampunkan dosa kita.


Terawih Makin Kosong
Terawih Makin Kosong

**Gambar sekadar hiasan , sumber google

Semakin ramadhan menginjak ke pertengahan, makin ramai umat islam di malaysia tinggalkan masjid.

makin ramai yang sibuk dengan persiapan raya.

makin ramai dah mula lupa akan kekasih hati yang dirindui ini.

Kenapa kita curang ?

sedangkan dia setia bersama kita .

Terawih pun makin kurang. Mula-mula ramadhan ramai sampai penuh masjid.


Sekarang terawih , nak tinggai tok imam dan tok bilal ja sampai habis.

Hilangdah ka kemanisan ramadhan dalam hati-hati kita ?

sibuk sangatkah nak raya bagai ?

sedangkan tetamu ini masih ada dalam rumah kita.

jom sama-sama kita penuhkan balik masjid serta surau untuk solat berjemaah dan terawih.

Meriahkanlah malam-malam anda dengan ibadah terawih dan bacaan al-quran.

Jangan tinggai wahai teman-teman ,

Jangan biar masjid makin kosong di bulan ramadhan.

Usahalah sikit , bukan kah ia di gandakan pahala di bulan mulia ini ?

fikir-fikirkanlah.

ramadhan kali ini kita ada, tahun depan belum tentu.

Sekian .

1 comment: