Komisyen ke Tujuh Affiliate Klikjer.com

Sebenarnya aku jarang kongsikan pasal affiliate klikjer.com atas alasan yang aku memang tak power pasal affiliate ni. Tapi kali ni aku nak cerita juga sedikit mengenai rezeki komisyen ke tujuh Affiliate Klikjer.com . 

Walaupun tak banyak mana , kira boleh lah kan dari tak ada. lepas ni kena lebih gigih lagi mencari duit dengan sistem affiliate ni. Aku pernah juga cerita mengenai adsense dalam blog ni atau blog satu lagi dan aku rasa, tak banyak beza dah mengenai adsense yang boleh aku ceritakan melainkan menguatkan lagi beberapa bahagian untuk mendapatkan earning yang tinggi.


Komisyen ke Tujuh Klikjer.com
Komisyen ke Tujuh Klikjer.com 

SEBAB APA AKU PILIH AFFILIATE KLIKJER.COM ?


Mesti korang nak tanya soalan ni kan, sebenarnya aku pilih pada awalnya pun sekadar suka-suka jer. lama kelamaan aku terus stop sebab aku memang tak pandai affiliate ni. Lepas bos klikjer.com buat group facebook yang menghimpunkan affiliater klikjer , dari situ baru aku tahu macam mana nak promote klikjer ni.

Dari situ jugalah dapat pelbagai tips perkongsian mengenai cara tingkatkan pendapatan dengan Affiliate ni. lepas tu aku try dan akhirnya berjaya jugak lah walau sikit. lama kelamaan nanti banyaklah kan.

Berapa Komisyen yang dapat pada kali ke tujuh ni ?


RM 15.00

Sikit ? ye sikit sebab aku promote ebook yang bagi komisyen sikit, sebab tu aku dapat sikit, nanti aku nak try promote ebook yang lain .

tapi di sebabkan aku dapat 3 sales bulan ni jadi total up semua aku dapat Rm 45.00 .

Cara Daftar Affiliate Klikjer.com 


Bagi yang berminat nak join sekali, korang ikut cara mudah di bawah ni ya.

1. Klik ke pautan Klik jer.com - Klikjer.com
2. Klik bahagian Affiliate di bahagian atas laman web klik jer.
3. Lepas tu create account dan sign in.
4. Bila dah ada account, boleh dah start promosi ebook mereka di facebook atau blog .
5. Pastikan korang masuk dalam group facebook klikjer tau. sebab banyak maklumat dari sana untuk memudahkan korang faham flow klik jer ni .
6. Selesai .

Kesimpulan ,

Affiliate klikjer.com ini adalah antara cara untuk korang buat duit secara online. Banyak atau sikit itu terpulang kepada kita yang berusaha. Kalau baru nak mula, jangan sedih-sedih sebab tak ada orang beli, aku pun berapa bulan kosong sale !

Kosong tau !

Lepas dapat tunjuk ajar, baru lah masuk sikit. yang penting usaha, aku harap komisyen ke tujuh Affiliate Klikjer.com ini memberi semangat dekat korang untuk cuba nasib dalam bidang ini pula. takyah tunggu adsense sangat, sebab banyak lagi cabang yang korang boleh guna untuk dapat duit digital ni.

Selamat mencuba.

Sekian .

Previous Post Next Post