VIRAL ! SAMPAI HATI BUAT MACAM NI DEKAT KUCING ! GILA LAH !

Kucing adalah salah satu anugerah Allah kepada manusia. Selain dari membantu kita menceriakan kehidupan dengan aksi comel mereka, kucing juga mampu memberi aura positif kepada kita dalam kehidupan seharian. Namun, tak semua suka dengan kucing. Sedih bila tengok orang aniaya kucing dengan teruk sekali.


KEKEJAMAN TERHADAP KUCING !
Gambar jangan aniaya kucing sumber facebook

KEKEJAMAN TERHADAP KUCING !


Ada kes yang di laporkan, ada pihak yang sengaja memaku kucing di tiang elektrik dan membiarkan kucing tu terseksa sehingga akhirnya mati .

ada juga kes yang mana tua kucing tak beri makan langsung dekat kucing mereka. ini juga salah satu bentuk penganiayaan terhadap haiwan comel ini .

Sedih bila baca dan lihat benda ini berlaku kepada kucing yang mana sentiasa menceriakan kita. Korang yang sayang kucing mesti akn rasa sedih sehingga mengeluarkan air mata. Sebab tu ramai yang memperjuangkan hak kucing sama ada yang kacukan atau pun yang ada di jalanan .

Fikirlah ,

Andai tiada seekor kucing dalam dunia ini, bagaimana kita nak melihat rakan-rakan kita yang kemurungan tersenyum sendiri ? mana mungkin Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Kita sebagai makhluk, kenalah bersyukur walaupun kita takut atau tak suka dengan kucing.

Pasti ada hikmahnya kan.

Ada seekor kucing ni, korang mesti nak bela sebab dia cantik dan comel ! korang nak tau tak kucing apa ? Rujuk pautan ini.

Mesti tengok kalau korang pencinta kucing !


Kesimpulan .

Hak binatang peliharaan jangan pernah sia-siakan. Nanti kita akan di pertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kalau mampu bela kucing, belalah dengan seelok dan sebaiknya. Kalau tak mampu, bagi dekat orang lain lebih baik .

Semoga entri mengenai kekejaman terhadap kucing ini memberi kesedaran kepada kita mengenai pentingnya sifat kemanusiaan. jangan buat sesuatu dengan emosi kita semata. Semoga bermanfaat.

Sekian .

1 ulasan:

  1. tapi kucing jiran kita berak kat pasu bunga kita. huwaaaa

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.