MENU SEMPENA BULAN RAMADHAN - MUDAH DAN CEPAT UNTUK DI SEDIAKAN !

2 Mei 2017

MENU SEMPENA BULAN RAMADHAN | Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan ramadhan , Sudah pasti kita sibuk membuat persiapan untuk menantikan ramadhan . Orang perempuan pula mesti tengah sibuk study nak masak apa yang mudah dan cepat ketika bulan puasa nanti . hehehe aku yakin korang tengah pikiaq macam tu kan . jom aku kongsikan dengan korang mengenai menu sempena bulan ramadhan .


menu sempena bulan ramadhan


MENU SEMPENA BULAN RAMADHAN


1. Nasi Goreng !

Yeaay ! bulan puasa adalah bulan nasi goreng ! hehe Sahur nasi goreng , buka puasa nasi goreng . siang malam nasi goreng . hehe sebenarnya nasi gorenglah paling  mudah di sediakan selain dari meggi . betul tak ? nak sedap tambah ayam goreng atau telur goreng kicap ke, perghh dah boleh survive satu hari puasa. jimat pun jimat .

baca : Resepi nasi Goreng Mudah !


2.  Nasi Kosong + ikan masin + telur kicap .

Menu kedua yang mudah dan cepat adalah nasi kosong di makan bersama telur kicap dan ikan masin. mesti bertambah-tambah korang makan nasi betul tak ? Nak sediakan pun tak rumit dan mudah untuk di sediakan . siapa suka makan ikan masin ? hehehe sedap weh .



3. Nasi Tomato !

Nak menyediakan nasi tomato adalah amat rumit . korang nak tahu tak cara mudah nak makan nasi tomato ketika bulan puasa ? Ya ! pandai ! beli jer dekat pasar ramadhan . hehe cepat pun cepat kan. hehe



4. Nasi Kerabu .

Ramai yang suka makan nasi kerabu ketika bulan puasa. Dengar kata rasa dia lain macam sikit dari bulan-bulan lain. mungkin sebab lapar sangat kot  tu yang sedap tu  hehe . korang suka makan nasi kerabu ? kalau aku , boleh lah sikit-sikit. haha

baca : Kenapa nasi kerabu warna biru ?


5. Nasi Kandar .

Orang penang kena makan nasi kandar, kalau tak ! jangan mengaku orang penang. hahaha selalunya dekat area penang ni ada nasi kandar yang sedap masa bulan puasa . adalah tempat-tempat tertentu yang best untuk makan. korang pernah makan angsa atau gulai angsa ? perghhh memang terangkat weh .

kalau makan benda tu, terawih memang " gghuyup " lah jawab nya.. hehe

baca : Nasi kandar sedap di pulau pinang !


Kesemua menu yang aku senaraikan ni adalah sekadar suka-suka jer , kalau korang nak ambil sebagai menu bulan puasa korang. silakan. puasa ada 30 hari , jadi pandai-pandailah tukar menu bulan puasa yer. hehe

Jom kongsikan mengenai MENU SEMPENA BULAN RAMADHAN dengan kawan-kawan yang lain. Mungkin mereka pun tak ada idea nak buat apa sempena bulan puasa ni kan . jadi tak salah kita tolong kan. hehe lapar pulak bila sebut pasal makanan ni kan . hehe

Sekian .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kataubaid© .