BOLEH KE SOLAT TERAWIH DI RUMAH DAN CARA SOLAT TERAWIH DI RUMAH

Persoalan mengenai boleh ke solat terawih di rumah di bulan ramadhan kembali menghiasi dada-dada media sosial. Mungkin faktor kerja yang menyebabkan mereka tidak boleh ke masjid untuk solat terawih bersama-sama. Jangan risau, setiap persoalan akan ada jawapannya. Yang penting adalah kita belajar ilmu tersebut dan amalkannya .


boleh ke solat terawih di rumah , cara solat terawih di rumah
boleh ke solat terawih di rumah , cara solat terawih di rumah


Persoalan mudah yang selalu di ketengahkan adalah :

Boleh ke saya solat terawih di rumah, sebab balik kerja lambat ?

Ada juga yang meninggalkan terawih semata-mata kerana tak sempat solat di masjid ?

Jawapan untuk kedua-dua persoalan ini adalah

1. Boleh solat di rumah kerana ia adalah solat sunat . Adalah lebih baik untuk solat di Masjid jika kita ada waktu. Jangan tak pi masjid sebab tengok bola. rugi lah kan.

2. Mungkin mereka tak tahu yang boleh solat di rumah sahaja kalau tak sempat solat di masjid. Tapi janganlah sampai tak solat terawih terus, rugi tau. sebabnya belum tentu kita akan berjumpa dengan ramadhan lagi .

Aku harap kita faham mengenai persoalan yang di kemukakan itu.

Bahagian kedua : CARA SOLAT TERAWIH DI RUMAH !

Ini juga ada di tanya dan mungkin di cari-cari oleh setiap dari kita sebagai persedian andai tak dapat untuk solat terawih di masjid . Sebenarnya kita kena faham yang solat terawih merupakan solat sunat yang di sunnatkan untuk kita lakukan.

Sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat. terpulang kepada kita. Bagi yang nak solat terawih di rumah , anda boleh sahaja solat seperti biasa seperti mana solat terawih di masjid. kemudian timbul lagi satu persoalan, kena selawat macam dalam masjid tu ke ?

Kalau nak baca pun boleh , tak mau baca pun boleh. Kalau korang nak baca , seelok-eloknya bacalah kan, korang ikut jer panduan ni - Solat terawih . Dalam entri tu ustaz dah siap senaraikan bacaan yang kita baca sepanjang solat terawih. Korang cuma kena baca sahaja.

Yang penting solat terawih tu kena juga buat. jangan tinggal walau satu hari.

Di rumah juga korang boleh buat solat terawih seorang diri atau pun berjemaah. seelok-eloknya berjemaah lah kan .

Kesimpulan .

Aku harap sangat kita sama-sama berusaha untuk beribadah di bulan yang mulia ini dengan sebaik-baiknya. Kita hanya harapkan redha Allah semata-mata. Aku harap juga yang entri berkaitan boleh ke solat terawih di rumah ini membantu kita di dalam bulan puasa nanti. Begitu juga dengan cara solat terawih di rumah bila terdesak sangat baru solat di rumah.

Mohon sebar-sebarkan ilmu ini kepada yang lain. Moga bermanfaat.

Sekian .

Previous Post Next Post