BAGAIMANA MENJADI SEORANG BLOGGER ! JOM BUAT BLOG YANG MENARIK !

Share:
Menjadi seorang blogger merupakan satu impian bagi yang berminat menulis. Anda hanya menulis di blog dan memberi manfaat kepada orang lain melalui penulisan boleh di kategorikan sebagai blogger. Korang tahu ! ramai yang mula jadi blogger dan lama-lama hanyut hilang entah kemana. Berapa ramai saja yang mampu kekal dalam dunia blog. jadi korang nak tau tak bagaimana nak jadi seorang blogger ?


BAGAIMANA MENJADI SEORANG BLOGGER !




BAGAIMANA MENJADI SEORANG BLOGGER ! 


1. Kena ada Blog .


Korang boleh daftarkan blog korang dengan Blogger atau wordpress. Daftarkan ?? hahaha korang create account blogger ja macam korang create account facebook korang tu jer . Pilih nama yang orang senang ingat dan mudah untuk di sebut.

Bila mudah di sebut pasti orang akan ingat, contohnya Rotikaya , Siakapkeli dan lain-lain .

baca  : Tulis blog kena ada minat !

2. Pilih niche blog korang .


Nak pilih niche blog adalah perkara yang paling susah nak buat. sebabnya kadang-kadang niche yang kita suka tulis tapi nanti tak ada orang yang baca . sebab apa niche yang kita pilih tu tak ada atau kurang orang minat nak ambil tahu .

Jadi pilih niche blog yang menarik ! sebagai contoh :

a) Kesihatan
b) Makanan
c) Kereta
d) tutorial

dan lain-lain .

3. Belajar tulis benda baik .


Nak tulis blog ini merupakan pilihan kita betul tak ? jadi pilihlah yang baik iaitu untuk tolong orang yang memerlukan info atau maklumat yang kita dah tau. Janganlah asyik nak tulis benda gosip, atau perkara yang boleh menimbulkan kecaman orang lain .

baca : 2 Perangai pembaca blog !

Elakkan dari orang menyumpah kita sebab penulisan kita. tapi kalau dia nak menyumpah juga, lantak kat dia lah kan. hehehe Tulislah mengenai pengalaman anda , percutian , tempat menarik ataupun resepi , moga apa yang di tulis memberi manfaat. boleh ja cuba niche lain dari apa yang aku sebutkan ni. silakan tiada masalah.

baca : Belajar Tulis Blog supaya menjadi lebih menarik !

BAGAIMANA MENJADI SEORANG BLOGGER !
Tutup telinga !

4. Apply teknik seo .


Ini pun susah juga, aku belajar benda ni di tahun ke 8 blog kataubaid ini hidup. nampak tak, sebelum ni aku buat blog secara sambil lewa jer . Korang boleh dapatkan panduan sama ada melalui blogger luar negara atau blogger tempatan yang hebat. atau korang beli jer kitab merah jambu tu. senang faham tapi kena baca banyak kali. hehehe

Teknik ni tak wajib pun korang tau , tapi ia berguna untuk jangka masa panjang blog korang .

baca: Template mesra Seo membantu tingkatkan traffic blog ?

5. Buat duit .


Mesti korang nak buat blog sebab pernah baca pengalaman blogger lain, buat blog dan dapat side income dari blog mereka.. betul tak ? hehe tak salah pun buat duit dengan blog, buatlah . tapi pastikan blog korang sesuai untuk buat duit dan cari duit dengan cara yang halal tau ! jangan main redah jer sehingga benda yang tak sepatutnya pun korang buat .

Cara jana pendapatan dengan blog ada banyak sangat cara antaranya adalah dengan ads, affiliate ,promote produk orang dan lain-lain .

Pilih lah sebanyak mungkin yang anda mahukan untuk menjana pendapatan dari blog anda .

Menarik sebenarnya sembang pasal duit ni, cumanya dia makan masa untuk siapkan blog korang untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Tak apa, mulakan sekarang lebih baik dari tak mula langsung kan. hehe

baca: Bakat menulis itu anugerah !

Kesimpulannya 


Aku tau korang akan baca sampai habis entri ni . Ya ! sebab korang nak tahu cara bagaimana nak jadi seorang blogger. usaha dan teruskan membaca mengenai blog sama ada dari blog-blog lain atau sumber-sumber lain .

Amacam ?

susah tak nak jadi blogger ? hahaha padahal senang jer sebenarnya . ikut step by step , insyaallah akan di permudahkan urusan korang . Niat kena ikhlas itu jer dan teruskan berusaha sampai berjaya. nanti bila dah berjaya , baru lah korang tersenyum seorang diri . hehe aku pun tak berjaya lagi ni.

semoga dengan ilmu tu, korang akan dapat menghasilkan sebuah blog yang berkualiti untuk di baca.

Sekian .

3 comments:

  1. Maklumat yang menarik . Kena cuba , inshaaAllah (:

    ReplyDelete
  2. Yeayy saya baca sampai habis.. Hibi

    ReplyDelete
  3. Minat dan sabar..fuhh kadang tergelincir juga..

    ReplyDelete