17 TANDA SEORANG LELAKI SUKA PADA SEORANG PEREMPUAN !

23 Mei 2017


Lumrah Manusia di mana dia akan menyukai orang yang berlainan jantina daripadanya. Seorang lelaki pasti akan menyukai seorang perempuan. Begitu juga seorang perempuan juga akan menyukai seorang lelaki. tapi yang menjadi pertanyaan adalah apa tanda-tanda orang lelaki mul suka pada  perempuan. korang nak tahu tak ? .

Dalam artikel ini , aku kongsi 17 Tanda Seorang Lelaki Suka Pada Seorang Perempuan.

Tanda lelaki suka pada perempuan

fuhh tajuk dah gempak,
tiba-tiba rasa nerves pula nak baca kan. hehehe

Rileks sudah, bukan crush korang tahu pun korang baca benda ni kan. hahaha

17 TANDA SEORANG LELAKI SUKA PADA SEORANG PEREMPUAN !

lelaki tu suka dekat aku ker ?
macam mana nak tau orang lelaki suka dekat kita?

hahaha

itulah soalan yang perempuan selalu tanya.
pertanyaan yang depa nak tau jawapan dia kan.

Banyak tanda sebenarnya, aku kongsikan 17 jer.

1. Dia suka pandang perempuan yang dia suka .

2. Cuba dekati Perempuan tersebut .

3. Bagi hint supaya perempuan faham .

4. Caring dekat orang yang dia suka .

5. Dia ambil tahu apa yang korang buat setiap hari.

6. Sentiasa ada dengan korang.

7. Jaga keselamatan korang.

8. Ingat tarikh penting antara korang dengan dia .

9. Sentiasa recall moment indah bersama.

10. Suka buat perempuan yang dia suka marah dekat dia.

11. Suka memujuk .

12. Tenang dan mudah bersembang bersama .

13. Tersenyum bila ada orang sebut nama perempuan yang dia suka.

14. Suka bagi hadiah .

15. Stalk dia dalam senyap.

16. sentiasa bertanya khabar.

17. ajak kawinlah tunggu apa lagi . hahaha


Banyaknya tanda lelaki suka perempuan, Mesti ada persoalan lain yang korang nak tanya mengenai tanda seorang perempuan suka lelaki pula macam mana ? hehe sabar, nanti aku update kemudian ya. cuma nak minta korang share entri ni jer . hehe

Manusia di ciptakan untuk menyukai manusia yang lain, walaupun kadang-kadang kita nampak ada ja manusia yang cuba ambil kesempatan terhadap manusia lain. Di tambah lagi , manusia ni suka buat onar dengan manusia yang berlainan jantina dari mereka. Maka hilang lah nilai persahabatan dan kesukaan di antara satu sama lain.

Penindasan macam ini sebenarnya akan membuat mereka yang tertindas fobia terhadap manusia berlainan jantina dari mereka. Kalau anda ada rasa macam ni, segeralah berjumpa pakar psychology untuk rawatan seterusnya.

Ya, dia ada rawatan untuk kembalikan ketenangan dan fobia. lepas hilang fobia, jika pesakit itu seorang lelaki, pasti dia akan menjadi manusia normal dan lelaki tersebut akan kembali menyukai perempuan seperti biasa.

Ubai merepek laa !

Betul ! ada kes, lelaki takut nak kawin sebab dia ada sejarah dengan perempuan yang kaki buli. sama ada keluarga dia ataupun jiran dia dan lain-lain. sehinggakan bila nak kawin ja, lelaki tu akan lari tinggalkan pasangannya. nampak tak , kalau korang ada fobia segera dapatkan rawatan ya .

Kesimpulan .

Tanda seorang lelaki akan suka pada perempuan ni sebenarnya banyak dan sangat banyak . Kita pun tak mampu nak tulis semua sebabnya perasaan kita sesama manusia berbeza.

Aku lelaki, mungkin aku alami perasaan yang berbea dengan korang. Jadi sebaiknya, kita kawal emosi perasaan kita .

Kalau betul-betul serius dengan si dia, teruskan ke alam perkahwinan. Elakkan diri korang di jadikan mangsa perasaan yang sengaja di cipta oleh syaitan.

Dia nak buat korang lalai, dia suh korang ingat si dia tu banyak-banyak. kan dah jadi satu masalah , kerja pun tak siap nanti . hehe

Aku harap entri 17 TANDA SEORANG LELAKI SUKA PADA SEORANG PEREMPUAN ini memberi manfaat kepada kita semua. Kalau korang ada pendapat lain, boleh kongsian di ruangan komen ya.

Sekian .

2 ulasan:

  1. selalunya bila lelaki dah bagi tanda suka pada perempuan ni, tiba2 perempuan tu plak tak suka pada lelaki tu. haha!! nasib la sang lelaki, kena cuba lain la jawabnya

    BalasPadam
  2. itulah, terpaksa cari lain kan macam tu . hehe

    BalasPadam

Kataubaid© .