MASA SENANG RAMAI, MASA SUSAH BERSEORANGAN !

10 April 2017

MASA SENANG RAMAI, MASA SUSAH BERSEORANGAN ! |  Baru-baru ni aku ada tengok Maharaja lawak mega part persembahan Dzawin. Salah satu jenaka atau pun kata si dzawin yang menarik perhatian aku adalah " masa susah bersama, masa senang bersendirian " . tapi aku tukarkan dia menjadi satu yang lain iaitu " MASA SENANG RAMAI, MASA SUSAH BERSEORANGAN ! "


MASA SENANG RAMAI, MASA SUSAH BERSEORANGAN !


Betul, apa yang di katakan oleh sid dzawin ini. ada sesetengah dari kita, bila susah kita rapat  dengan kawan-kawan. bila dah kaya mula kita jauh dengan kawan-kawan kita. sebabnya mungkin kita sudah lupa diri ataupun mungkin sebab kita rasa kawan-kawan lain tak setaraf dengan kita.

atau mungkin kita rasa perut one pck kita terlalu besar menyebabkan kita malu nak jumpa kawan kita. ini cara atasi one pack !

tetapi ,

apa yang dzawin cakap tu tak banyak berlaku terutamanya di malaysia. Di sini kita selalu terkena dengan MASA SENANG RAMAI, MASA SUSAH BERSEORANGAN ! .

Mana tidaknya, masa senang nilah ramai yang cuba ambil kesempatan untuk mendekati kita. ada kala sampai sanggup rapat dengan kita semata-mata nak lihat kita jatuh. Wahai manusia , tak berbaloi perasaan hasad dengki macam tu.

Ramai di antara kita rasa ada " kawan " bila kaya. tetapi hilang " kawan " bila hilang harta. kalau ada pun mungkin sedikit ja yang ada kawan masa senang dan susah.  Yang banyak adalah kawan yang nak tumpang kesenangan kita.

Ada yang menempek nak projek lah ada yang menempek nak makan sedap-sedap sedangkan dia sendiri pun mampu.

aku rasa nak handle orang macam ni, sama ada kau betul-betul baik hati atau kau rasa tak sanggup nak baik hati. kalau baik hati, kau buat tak kisah ja. tapi kalau kau ada rasa nak buat jahat, masa nilah yang selalunya istillah bila kaya ja lupa kawan muncul . hehehe

apa-apa pun, ini hanya peringatan untuk kita sedar yang mana hidup kita ni sementara ja. kaya juga sementara. Miskin juga sementara. jangan cepat lupa diri dan sombong bila kaya. insyaallah rezeki kita akan bertambah jika kita buat kebaikkan .

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kataubaid© .