RESEPI MASH POTATO ATAU KENTANG PUTAR KFC !

RESEPI MASH POTATO ATAU KENTANG PUTAR KFC ! |  Hari cuti macam ni kan mesti best kalau kita cuba menu atau resepi baru kan. jom hari ni kita cuba resepi Mash Potato / kentang putar macam KFC . mesti terbaik ! Agak-agak , KFC pun kalah ni . huhuhu


RESEPI MASH POTATO ATAU KENTANG PUTAR KFC !


RESEPI MASH POTATO ATAU KENTANG PUTAR KFC !

A) Bahan-Bahan

6 Biji Kentang ( ikut berapa banyak yang anda akan hidangkan nanti )
Susu
Lada Hitam

B) Cara-cara

1. Buang kulit Kentang dan kemudian rebuskan dia .
2. Dah siap rebus dalam 20 minit macam tu .
3. Bila Kentang dah gebu , buangkan air dan letak balik dekat api . ** nak buang air yang lebih .
4. Dah selesai ? lenyek kan kentang-kentang yang gebu tu .
5. Masukkan lada hitam .
6. Masukkan susu untuk rasa lebih sedap .

RESEPI KUAH MASH POTATO

A) Bahan-Bahan

Bawang Besar
Tepung
Bawang putih
Butter
kiub ayam
Lada Hitam
air

B) Cara-cara

1. Tumiskan bawang ( besar dan putih ) dengan butter * takyah masukkan minyak .
2. bancuh tepung jagung dan gaul .
3. Masukkan dalam kuali dan gaul sehingga warna keperangan .
4. Masukkan kiub ayam dan juga lada hitam .
5. gaul sehingga anda puas hati .
6. Siap dan boleh sedia kan .

Haaa, mudah ja kan sebenarnya nak buat mash potato atau kentang putar ni . patut lah ramai yang rajin buat  . hehe

Korang boleh cuba RESEPI MASH POTATO ATAU KENTANG PUTAR KFC ! kalau korang nak. alang-alang dah cuti ni kan . mesti anak-anak suka . hehe takyah pi KFC dah lepas ni . hehe

Sekian .

1 comment... add one now

✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ March 11, 2017 at 1:04 PM
Sekarang kat kedai dah ada jual tepung untuk kentang putar ..

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)