[PERINGATAN ] HATI-HATI DENGAN PRODUK KESIHATAN YANG TIDAK DISAHKAN !

Share:
PRODUK KESIHATAN YANG TIDAK DISAHKAN !

Kalau korang perasan , sejak dua tiga menjak ni kan banyak betul produk-produk kecantikan yang memasuki pasaran di Malaysia . Produk bagi kuruskan badan , produk cantikkan badan , putih kan muka , tinggikan ketinggian dan pelbagai lagi .


Tapi pernah tak korang terfikir mengenai pengesahan dari Kementrian Kesihatan mengenai produk-produk tersebut sama ada boleh guna atau pun tidak ?

YA !

Ramai yang tak cari tahu pun mengenai pengesahan KKM . aku bimbang , setiap ubat yang korang makan atau korang consume itu akan memudaratkan korang .

YA !

Korang makan ubat dan korang nampak ada hasil lepas makan ubat tu . betul tak ? jadi korang rasa korang sihat dan berjaya memperolehi apa yang korang hajati

TAPI !

Korang tahu tak ada sesetengah ubat ada side effect atau kesan sampingan ?

MANA ADA !

mana ada korang cakap ? bayangkan ubat yang di cipta oleh pakar farmasi pun ada side effect . inikan pula yang kita tak kenal langsung siapa yang buatnya ,siapa yang menjadi mangsa uji kaji dan sebagainya .

YAKIN ?

Korang yakin tak ada side effect ?

Antara kesan side effect yang di alami adalah kanser atau pun shut down / organ lain tidak berfungsi sebab makan ubat .

Sebab tu , kalau korang pergi hospital  ,doktor akan tanyakan mengenai history korang . maksudnya korang ada sakit apa sebelum ni , pernah makan ubat tak dan sebagainya .

ia bertujuan untuk memastikan korang dapat ubat yang betul dan tidak memudaratkan korang .

BELI UBAT DARI PRODUK KESIHATAN ?

Ada ke dia tanya korang pernah sakit apa sebelum ni ? ermm mungkin ada . ada tak dia tanya ubat apa yang korang pernah makan sebelum beli ubat dia ? ada tak dia tanya korang ada masalah kesihatan lain atau tidak ?

PERNAH ?

Korang jawab lah sendiri .

Sebab tu aku cakap, hati-hati dengan produk kesihatan . Sayanglah nyawa anda dan elakkan diri anda jadi " Tikus Makmal " kepada pengusaha produk kesihatan yang tidak bertauliah atau tidak mendapat pengesahan dari Kementrian Kesihatan Malaysia .

Sekian .

2 comments:

  1. Produk kecantikan yang paling viral pun .rata-rata sesetengah produk tue ada bahan mekuari . So bagi kaum wanita be careful takut nak cantik nanti skin ke arah yang lebih teruk.takutkan ..

    ReplyDelete
  2. Setuju. Pastikan ada pengesahan dari KKM.

    ReplyDelete