HARGA MINYAK NAIK DAN TURUN MENGIKUT MINGGU MULAI 30 MAC 2017 !

HARGA MINYAK NAIK DAN TURUN MENGIKUT MINGGU | Sejak beberapa hari yang lalu, kita dengar mengenai sistem penentuan Harga Minyak. Ramai yang keliru mengenai sistem baru ini dan sistem lama. Dalam bahasa mudah adalah harga minyak di kaji mengikut harga mingguan berbanding harga bulanan yang macam selalu kita alami sekarang ini.


HARGA MINYAK NAIK DAN TURUN MENGIKUT MINGGU


Kalau macam dulu, kita akan mengalami kenaikan harga minyak mengikut bulanan. Setiap awal bulan akan berlaku kenaikan atau penurunan harga minyak. Mulai 30 Mac 2017, harga minyak akan di tentukan setiap hari Rabu . sama ada naik ataupun turun ataupun sama.

Sistem ini di katakan dapat mengelak daripada kenaikkan harga minyak secara mendadak ( Berita harian ) . Errmm kita tak tahu sama ada betul atau tidak kenyataan yang di keluarkan itu. Kenaikan atau penerunan harga minyak di jangka akan berkisar di antara 5 hingga 10 sen sahaja.

Apa yang boleh kita buat ?

1. Berdoa minyak tak naik.
2. Siap sedia dengan sebarang kenaikan harga minyak.
3. Kalau turun tu , bolehlah nak bersyukur . hehe

Dari pandangan aku lah kan. di sebabkan harga minyak susah sangat nak turun sebelum-sebelum ini , kita akan mengalami kenaikan harga minyak mungkin hampir 20 sen maxima setiap bulan. ini hanya anggaran aku kalau setiap minggu harga minyak naik 5 sen.

Mungkin juga berlaku sebaliknya. Jadi mulai bulan hadapan , siap sedia dengan kenaikkan mahupun penurunan harga minyak yang di jangka akan turun atau naik setiap minggu. Aku harap penulisan aku mengenai HARGA MINYAK NAIK DAN TURUN MENGIKUT MINGGU ini membantu kita memahami sistem baru ini .

Bersabarlah wahai rakyat malaysia. aku bimbang satu ja harga minyak naik. ermm.

Sekian.

Previous Post Next Post