CIMB CLICK ADA MASALAH TAK BOLEH LOG IN ! CUBA CARA INI !

CIMB CLICK ADA MASALAH TAK BOLEH LOG IN ! | Hari ni (13 Mac 2017 ) aku nak log in ke cimb clicks sebab nak selesaikan urusan yang tertangguh . tetapi malangnya apabila aku tak boleh nak log in ke cimb clicks . Dia cakap  encounted error la dan bla bla bla . aku tanya dekat kawan-kawan facebook . diorang cakap boleh jer nak log in cimb click macam biasa .


CIMB CLICK ADA MASALAH TAK BOLEH LOG IN !

Aku pun pelik dan godek-godek jugalah facebook Cimb Malaysia kan . kot-kot ada info tambahan yang aku terlepas ke apa kan . tapi tak ada . Last-last aku nampak seorang komen dekat cimb click mengenai permasalahan yang sama dengan aku .

Cimb Malaysia cadangkan untuk delete cache yang ada dalam chrome kita kemudian try balik . aku pun try lah buat. Dan Menjadi ! hehehe korang ikut cara dekat bawah ni ya .

1. Tekan 3 titik dekat bahagian atas kanan google chrome anda .
2. Tekan More Tools .
3. Tekan pula clear browsing data .
4.  Tick dekat " Cookies and other side and Plug in data " & " Cached image and files " .
5. Tekan clear browsing data .

*PASTIKAN korang ingat semua password yang korang dah buat autosave sebelum ini . sebab korang akan kena log in balik macam mula-mula untuk semua account korang .

6. Selesai .

Cuba masuk ke cimb clicks dan try log in macam biasa. Insyaallah berkesan .

Setakat ini lah kan , kalau korang ada masalah dengan cimb click , korang just buka page cimb malaysia . korang boleh tanya direct atau pun korang cari di bahagian komen dalam post-post yang ada .

Aku harap masalah CIMB CLICK ADA MASALAH TAK BOLEH LOG IN ! ini selesai dan membantu korang untuk meneruskan kerja korang. jangan sedih-sedih . semua masalah ada jalan penyelesaiannya .

Sekian .

Previous Post Next Post