BANYAK KAJIAN PELIK DI MEDIA SOSIAL !

BANYAK KAJIAN PELIK DI MEDIA SOSIAL ! | Kajian yang aku maksudkan adalah entri-entri yang di tulis sesetengah blog. Aku pernah tulis mengenai perkara ini apabila aku sendiri terjumpa dengan beberapa blog yang mendakwa hasil tulisan mereka adalah kajian .


BANYAK KAJIAN PELIK DI MEDIA SOSIAL !

Apabila sebut pasal kajian, pasti kita terlintas mengenai laporan kajian dan siapa yang melakukannya. betul tak ? Yang peliknya, mereka tulis Kajian tetapi tiada sumber yang sahih mengenainya . adakah sekadar nak tarik pembaca ke blog mereka atau ada sebab lain ?

Kalau mereka betul-betul jujur, pasi mereka akan gunakan hasil kajian yang sepatutnya. Jangan menipu pembaca dengan kajian-kajian korang yang sebenarnya bukan kajian.

aku bimbang sebenarnya .

sebab banyak sangat kajian yang di katakan kajian. sebagai contoh " lelaki suka perempuan pendek - Kajian " , " Perempuan suka lelaki pendek- kajian " dan sebagainya. aku tahu  blog mana yang suka buat macam tu.

cumanya kalau boleh kita yang membaca ini jangan ambil dia sebagai 100% sebagai kajian selagi mana mereka tak letak siapa yang buat kajian itu dan sebagainya.

ni tak masuk lagi kajian-kajian yang mendakwa produk kesihatan terbaik dan sebagainya ,semata-mata nak mempromosikan produk tersebut. padahal Sijil KKM sendiri pun tak dapat lagi. haiihh elakkan dari terjebak dengan perniagaan yang menipu.

Ubai kolot ?

taklah , ramai dah orang ilmuan yang menegur benda ni. aku cuma bersetuju dengan mereka dan aku menulis pendapat aku sendiri. aku harap kita tak tertipu dek BANYAK KAJIAN PELIK DI MEDIA SOSIAL ! . semoga bermanfaat.

Sekian.

1 ulasan:

  1. Tahu takpe.. kalau 'kajian' bab relation mulalah pakwe makwe tag nama pasangan masing-masing untuk justify action. kui3

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.