INIKAH BAYARAN UNTUK SATU ZAMAN MODEN ?

11 Februari 2017

awek seksiINIKAH BAYARAN UNTUK SATU ZAMAN MODEN ? • Kita sering di tayangkan mengenai sebuah negara moden yang berjaya . Ia juga menjadi impian kepada kita untuk membina satu negara moden yang berjaya . Namun, apa yang berlaku sekarang menyebabkan kita rasa takut untuk menjadi negara moden . INIKAH BAYARAN UNTUK SATU ZAMAN MODEN ?

Dalam negara moden, sepatutnya rakyatnya sentiasa bertimbang rasa antara satu sama lain. Hormat menghormati dan respect di antara satu sama lain. tetapi di negara kita tak ramai yang mempunyai pendidikan macam itu.

Kita lebih gemar bergaduh di ruangan sosial berbanding menghormati pandangan orang lain . Yang kedua , di kala kita tengah bergerak ke arah kemodenanisasi , kita di uji dengan kehilangan adab dan akhlak dari hati-hati masyarakat kita.

Sehingga perlu mewujudkan kempen #adabdekatmana di televisyen .

tak di nafikan akhlak dan adab kita makin lama , makin terhakis . antara contoh yang ketara adalah kita sebarkan sesuatu yang belum tentu sahih atau betul . kalau yang di share itu salah, tiada pula status untuk memperakui kesalahan masing-masing .

korang rasa hebat dengan iphone ,samsung atau android korang , tetapi kalau korang guna tanpa akhlak, ia satu kehinaan untuk korang .

Sedarlah , kita tak perlukan kemodenan kalau situasi masyarakat kita jadi teruk sebegini .

Kita tak campur lagi masalah sosial yang berlaku berpunca dari kemodenan teknologi hari ini. Tak salah pun nak pakai gajet yang baru , cumanya kena pandai guna otak.

Yang salah tetap salah dan yang betul adalah betul . ayuhlah gunakan sebaiknya arus pemodenan ini . Jangan sia-siakannya . aku tak sanggup melihat masyarakat aku di pandang hina kerana tangan-tangan mereka sendiri. Ayuh , sebarkan kebaikkan dan elakkan penghinaan.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kataubaid© .