TAK TAHU NAK DUDUK HOTEL MANA DI LUMUT,PERAK . INI JAWAPANNYA !

NAK DUDUK HOTEL MANA DI LUMUT, PERAK | Baru-baru ni, aku dan family aku saja-saja pergi ke Lumut , Perak . Orang cakap bandar maritim negeri perak lah katakan. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama jalan-jalan di lumut ni . dulu masa kecik , memang rajin lepak sini sebab abah aku kerja perkapalan , jadi rajinlah singgah dekat dengan pelabuhan tu .


TEMPAH HOTEL DI SEKITAR LUMUT


Mulanya ingat perjalanan Penang ke Lumut ni 2 jam sahaja, tapi tengok-tengok hampir 3 jam. mula-mula tu rasa nak bising jugak lah kan . kalau tambah satu jam lagi dah boleh sampai KL weh. hehe mungkin di sebabkan musim cuti sekolah, kereta pun banyak. guna pula jalan kampung. susah lah sikit nak cilok-cilok kan .

Bertolak pukul 10 pagi sampai sana waktu zohor . lama kan. hehe tak buat apa pun dekat sana sebabnya dok pikiaq yang kalau balik lagi 3 jam dalam kereta. hahaha tu yang jalan-jalan kejap dan shopping kemudian terus balik .

Bagi yang nak stay area lumut terutamanya area waterfront . Ada banyak hotel dekat situ antaranya adalah Mornington Hotel , Blue bay hotel dan lain-lain lagi . Sekarang ni dah jadi trend . depa selalu lepak dekat Swiss-garden Hotel . tempat tu lawa juga katanya .

Korang boleh lah pilih hotel di sekitar lumut ini untuk menginap kalau korang nak stay sini lah kan.

Kalau stay lumut ada apa je ?

ada beberapa tempat di sekitar sini , antaranya

1. Tempat shopping makanan laut
2. Shopping barangan murah .

awek lumut

awek lumut



3. ada waterfront yang lawa .


4. Tempat permainan kanak-kanak

5. Taman Paya Bakau

TEMPAH HOTEL DI SEKITAR LUMUT


6. dan lain-lain .

Tapi selalunya aktiviti yang orang selalu buat dekat sini adalah parking kereta dekat situ dan amik bot ke Pulau Pangkor. hahaha .

Aku suka lumut sebab teringat kenangan masa kecil-kecil dulu  hehe semuanya masih sama dan tak ada yang berubah. mungkin hanya usia kita sahaja yang berubah . Lumut sentiasa jadi destinasi tenangkan fikiran yang best untuk kita .

Ginilah, aku kongsikan dekat korang cara mudah untuk tempah hotel di sekitar lumut. Korang kena rajin survey sebabnya kadang-kadang ada diskaun, kadang-kadang tak ada. so nasib lah korang. satu tips ! Jangan book last minit. kalau tidak, melayang duit korang .

Korang tengok hotel dekat sini - Tempah Hotel di sekitar Lumut .

Aku harap korang dapat bercuti dengan baik di sekitar lumut, perak . Boleh lah bawa anak-anak atau isteri mahupun isteri-isteri korang untuk bercuti , jiwa happy hubungan kekeluargaan juga dapat dieratkan. yedak . hehe

Harap Entri berkaitan dengan Hotel di sekitar lumut,perak ini membantu korang untuk cari tempat yang sesuai untuk menginap di lumut .

Tenangkan fikiran dengan bercuti. enjoy !!

Sekian.

Previous Post Next Post