9 TIPS UNTUK YANG MALAS LIPAT BAJU . MASALAH TIMBUNAN BAJU SELESAI !

lipat-baju


Dari jauh dah nampak timbunan baju di satu sudut rumah , dalam hati sempat juga terlintas " kalau aku tambah sikit lagi ni, masih kukuh dan tak jatuh " merujuk kepada timbunan baju tersebut . Kita akan buat action bila timbunan baju tersebut jatuh menyembah bumi barulah kita akan mula lipat timbunan baju tersebut. hehe

MALAS LIPAT BAJU !

Salah satu sebab orang malas lipat baju adalah kain baju tersebut macam tak berkurang dari mula lipat. tambah-tambah bila ada anak kecil , kita lipat di sepahkan balik . itu antara sebab kenapa suri rumah malas lipat kain .

Bagaimana nak atasi malas lipat baju ?

Aku yakin, tips yang aku kongsikan ini kalau korang baca tapi tak buat pun . hehe sebab perasaan malas yang membuak-buak dalam diri sentiasa menjadi juara . hehe tapi aku nak kongsikan juga dengan korang .

1. Hadkan pakaian Mingguan Anda .

Boleh di katakan , kita pakai baju dengan banyak sepanjang minggu . Baju kerja dah 5 pasang , di rumah lagi , keluar berjalan lagi . jadi kalau basuh mesti akan menyebabkan korang malas nak lipat. tambah lagi dengan baju suami dan anak-anak .

Jadi ,apa kata kurangkan pakaian yang di gunakan sepanjang minggu . selain dapat mengurangkan baju yang di lipat, korang juga dapat motivasi untuk melipat baju . hehe

2. Jangan bertangguh .

Sikap kita suka bertangguh menyebabkan kita mengumpul segala baju yang kita basuh sehinggakan jadi banyak dan bertimbun . lepas basuh, terus sidai dan kemudiannya lipat . selesai .

3. Layan Korea .

Haaa, ini antara benda yang kadang-kadang aku buat. sambil layan drama korea atau runningman dan sebagainya , korang boleh lipat baju masa tu . jimatkan masa dan korang pun terhibur . bayangkan tengok kwangsoo dan kim jong kook dalam runningman sambil lipat baju , mesti tak perasan korang dah siap lipat semua baju-baju tu .

4. Ajak anak-anak lipat sekali .

Mungkin ramai yang tak cuba cara lipat baju macam ini . korang MESTI cuba ! ajak anak-anak anda yang sudah besar sikit dan pandai untuk sama-sama lipat baju . janganlah ajak anak yang baru 2 tahun tu . nanti bertambah stress korang lak hehe

5. Bagi satu bakul dekat suami .

Jangan biarkan suami anda berehat . hahaha Kalau dah menjadi timbunan baju yang tinggi tu , maka tolong rekrut khidmat suami sekali untuk sama-sama lipat baju . bagi tau suami, ini sebab nak elakkan baju yang asalnya timbunan menjadi banjaran titiwangsa pula. hehe

6. Masa Kosong .

Ada orang mencari masa kosong untuk melipat kain . ini antara satu perkara yang boleh mengelakkan korang jadi malas lipat kain. jangan jadikan tugas lipat kain sebagai satu task yang korang kena selesai on the spot , sebaliknya apabila kerja anda yang lain selesai ,barulah anda lipat kain . ini permainan psychology namanya .

tapi ...

kerja yang lain tu tak pernah habis..

hahaha

7. Asingkan Pakaian anda mengikut saiz .

Selalunya, cadar dan selimut lebih mudah di lipat berbanding pakaian yang bersaiz kecil betul tak . lepas lipat cadar ja, rasa lega yang teramat . hehe jadi mulakan dengan saiz yang besar kemudian kecil .

korang nak tahu sebab apa ?

saiz pakaian yang besar menyebabkan anda ambil masa yang lama berbanding pakaian yang kecil , bila korang dah fokus kepada baju yang besar pada awal-awal lipat baju , masa korang dapat di jimatkan pada pakaian yang kecil .

cara lipat baju dengan cepat


8. Waktu Lipat .

Ramai yang suka lipat baju pada waktu malam bersama keluarga . korang pun pilih lah waktu malam untuk lipat baju sebabnya masa ni korang tengah rileks dengan family korang lepas makan malam . Masa inilah peluang untuk ajak family anda buat point yang ke 4 dan 5 .

9. Rajinkanlah Diri anda .

haha aku pun tak tahu nak sambung tips no 9 ini macam mana melainkan kita merajinkan diri kita sendiri . aku pun tiap-tiap hari lipat baju , malas dia memang teramat . tapi terpaksa rajinkan sebab sampai bila pun baju tu tak akan terlipat sendiri .

Tips jaga Mesin Basuh - Rujuk PAUTAN INI .

Lipat baju merupakan antara aktiviti keluarga yang bagus untuk di lakukan bersama . tetapi tak ramai yang akan join korang, percayalah cakap aku . melainkan didikan korang terhadap family korang berjaya memujuk mereka membantu korang . hehe

9 TIPS UNTUK YANG MALAS LIPAT BAJU ini merupakan tips terbanyak yang aku pernah kongsikan dengan pembaca blog aku . hehe semoga ia bermanfaat untuk kita semua . jomlah share dekat suami dan isteri korang tu . hehe

Sekian .

Previous Post Next Post