SIAPA KING COCO VIRAL ?

Share:
SIAPA KING COCO VIRAL ? | Fuhh semakin ramai yang nak tahu siapakah king coco viral ini . Jom aku cerita dekat korang. macam ini nama king coco mula viral apabila video king coco ini di muat naik ke media sosial oleh tuannya sendiri . Untuk pengetahuan korang king Coco ini adalah seorang perempuan tau dan bukan lelaki. Nama Sebenar king coco adalah Mashaira Ismail.

Video yang di muat naik di media sosial tersebut menjadi viral apabila netizen mempersoalkan slank king coco yang mengatakan dia adalah mix beberapa negara. Mix tu di maksudkan sebagai campuran darah beberapa negara. bukan mixer okay, tu nak buat kek. hahaha


SIAPA KING COCO VIRAL ?


Netizen mula mengecam video berkenaan kerana bahasa atau slank percakapan king coco agak keterlaluan seperti di buat-buat. jadi biasalah , netizen kan. benda nak kutuk orang ja mesti laju gila orang viralkan. entah kenapa seronok sangat , aku pun tak tahu.

Seterusnya beberapa cerita kurang enak yang di tulis di media sosial sebelum ini yang mendakwa coco merampas suami orang dan sebagainya . Sejak tu, nama king coco makin panas dari biasa. Ia berlarutan sehinggakan ke majlis perkahwinan king coco dengan seorang kapten.

King coco akhirnya selamat di ijab kabul dan menjadi isteri kedua kepada kapten tersebut . Berita perkahwinan king coco mendapat kecaman ramai oleh netizen kerana mereka mendakwa yang isteri pertama kapten berkenaan sedang sarat mengandung. jadi agak tak patut majlis itu di langsungkan. itu kata netizenlah aku cuma tulis balik ja.

Entah sampai ke mana cerita king coco viral ini akan berlegar di media sosial. Mungkin ini sahaja perkenalan kita dengan king coco viral. AKu kongsikan pun sebab ramai yang tanya siapa king coco. kalau korang nak tengok gambar king coco, korang boleh search di facebook ya. aku ingat coco ini cokelat. haha teruk sungguh aku ni. hahaha

Sekian.


1 comment:

  1. selagi ada manusia yg sibuk cari aib dia,selagi itulah cerita pasal dia akan berlegar2 dekat socmed semua.. huhu.. memang la dia tayang aib dia sendiri,tapi daripada kita sebarkan kan lebih baik kita nasihatkan bukan memerli dia. (*apa yg saya perhatikan dekat twitter) semua sibuk menyindir. Lepas tu satu2 hal aib dia nak sebarkan. Seronok sangat nampaknya mereka2 sampai tak jaga aib diri sendiri.

    ReplyDelete