GAMBAR HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2017 !

Share:
GAMBAR HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2017 ! | Hari ini bermulalah sesi persekolahan di seluruh negara . Dari utara sehingga ke sabah dan sarawak memulakan sesi persekolahan seperti biasa hari ini. Negeri-negeri seperti Kedah , Kelantan telah memulakan sesi persekolahan mereka semalam. Sudah pasti ramai ibu dan ayah yang terlibat sama untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah hari ini dan ada yang mengambil cuti seminggu semata-mata ingin menghantar anak mereka.

Semalam juga telah mula bu bapa menghantar anak-anak mereka ke Asrama dan ramai yang meluahkan rasa sedih apabila hantar anak mereka ke Asrama buat pertama kalinya. Sudah pasti pengalaman-pengalaman tersebut menjadikan kita kuat dan membantu anak-anak kita belajar untuk menjadi hebat.

Aku nak kongsi kan gambar Hari Pertama persekolahan 2017 . Gambar sumber Berita Harian dan Harian Metro .


GAMBAR HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2017 !

GAMBAR HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2017 !

GAMBAR HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2017 !


Comelnya tengok diorang masuk sekolah. Teringat pula zaman pertama kali masuk sekolah . Semoga adik-adik yang baru masuk sekolah ini kuat dan teruskan belajar hingga berjaya. Ibu bapa di luar sana berilah galakan dan dorongan kepada mereka supaya mereka terus bersemangat untuk belajar .

Aku yakin bila tengok gambar hari pertama persekolahan 2017 ini mesti kita akan teringat dengan perangai kita dulu-dulu. Semoga kenangan tersebut dapat di kongsi dengan generasi muda atau kepada anak-anak kita. korang tak nak kongsi dengan aku ke pengalaman hari pertama persekolahan korang dulu ? . Zaman aku masuk sekolah dulu , tak ada apa yang special pun. Budak nangis tu biasa lah kan. tapi bukan aku lah tau. hahaha

Sekian.

2 ulasan:

  1. hehehe..setiap kali musim persekolahan bermula, memang inilah yang dinanti-nantikan..hehehe..

    http://www.ceritaejoy.com/

    BalasPadam
  2. sis dulu pun tak menangis tau. tapi setiap kali nak sek rasa sedih jugak sebab tak dpt nak tgk tv. haha

    BalasPadam