MAKSUD " OM TELOLET OM " !

APA TU " OM TELOLET OM " ? | Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu perkataan yang pelik iaitu " om telolet om ". aku mula baca perkataan ini aku ingat, dia nak beli telur. haha tapi sebenarnya bukan. korang tahu apa maksud sebenar om telolet om ? maksud dia adalah om tolong bunyikan hon . lebih kurang maksudnya gitu. baik, mesti korang nak tahu asal usul perkataan om telolet om ini kan . jom aku kongsikan kenapa perkataan om telolet om ini jadi viral .


MAKSUD " OM TELOLET OM " !


Untuk pengetahuan korang, Di indonesia sekarang ini, fenomena Om telolet om semakin berleluasa dan seperti menjadi perayaan di jalan-jalan di sana. anak muda akan berkumpul di tepi jalan dan mengangkat sepanduk kepada pemandu bas atau lori supaya menekan hon mereka. korang tahu, hon yang dikeluarkan oleh bas dan lori di sana adalah sangat unik !

ada macam-macam jenis bunyi hon. kalau di Malaysia, kita hanya guna " pon pon " je, dekat sana macam-macam. ada yang nak seakan-akan dangdut dan ada yang menggunakan hon berbunyi " om telolet om " ini. korang tak percaya ? jom tengok video di bawah :






Amacam ? percaya tak aku cakap. hehe kisah om telolet om ini semakin merebak keluar negara apabila artis-artis terkenal di luar negara juga turut sama update mengenai om telolet om di media sosial mereka. hatta ada yang turut membuat lagu berdasarkan " om telolet om " .

Jadi sekarang ini, korang dah tahukan APA TU " OM TELOLET OM " ? dan asal-usul om telolet om. jom kongsikan dengan kawan-kawan kita yang tak tahu. terbaru, " Om telolet om " di sebut dalam Sepahtu Reunion Live . sebab tu ramai yang tanya tu. Semoga bermanfaat.

Sekian.

1 ulasan:

  1. Laaa bunyi hon rupanya, selalu nampak ayat ni dekat comment ig. ingatkan apa la hehe :-)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.