SINGLE LEBIH BAIK DARI COUPLE !

SINGLE LEBIH BAIK DARI COUPLE ! | Kenapa Single lebih baik dari couple. huhu aku nak buat entri kontroversi hari ni untuk tatapan korang yang hensem dan comel. hehehe aku tahu ,mesti ada yang tidak sependapat dengan aku dan aku meraikan pendapat yang berbeza dan aku bukan lah nak cari gaduh pun. Kekuatan kita adalah kita yakin dengan hujah yang kita sampaikan kepada orang lain. Kenapa SINGLE LEBIH BAIK DARI COUPLE ?

SINGLE LEBIH BAIK DARI COUPLE !


Baik, kenapa aku cakap single lebih baik daripada couple ?


1. Korang tak perlu fikir orang yang tiada ikatan dengan korang secara berlebih-lebihan. Ini punca utama bila pasangan couple yang belum berkahwin mengalami masalah dalam perhubungan. Kenapa korang nak lebih setia dengan orang yang belum jadi milik korang ? Dia macam, korang pinjam barang kawan korang,tapi pada yang sama korang tahu barang tu bukan milik korang. Selain itu,kita juga ada tanggungjawab dengan keluarga kita yang lebih utama. kasih sayang kita untuk keluarga lebih utama berbanding orang yang belum halal buat kita.

2. Jimat Duit , sinonim dengan orang yang bercouple.sanggup mengorbankan duit gaji semata-mata nak kelihatan mewah di depan kekasih. Initerjadi kepad lelaki-lelaki di luar sana. At the end, duit ke mana ,orang yang kita sayang ke mana.

SINGLE LEBIH BAIK DARI COUPLE !


3. Hubungan Kekeluargaan menjadi renggang. Ini terjadi kepada anak muda kita.Apabila mereka utamakan teman lelaki atau teman wanita mereka.maka hal keluarga di singkirkan dari hidup mereka.sanggup melawan cakap ibu ayah. lari rumah dan sebagai nya.

Bagi aku ,kalau kita nak halalkan sesuatu hubungan tu,segera lah berjumpa mak ayah teman wanita kita.atau bagi perempuan.teruskan luah kepada mak ayah atau meminta kepada teman lelaki kita untuk segera masuk meminang. Lagi satu, lelaki ni tak suka orang paksa dia kawin cepat2. dia tahu apa yang dia lakukan. maka menjadi tanggungjawab wanita untuk berhenti dari berhubung dgn teman lelaki anda sehinggalah dia masuk meminang. ini adalah untuk menjaga kedua-dua belah pihak.takut terjerumus dalam penzinaan.

Sekali lagi aku tekankan ini hanya pendapat aku yang korang boleh bangkang dan tolak, huhu.Oh ya, kalau korang dah ready nak kawin, korang mestilah buat persiapan dahulu sebelum kahwin. ada yang dah mula cari perabut untuk rumah baru nanti. ada yang tengah kemas-kemas bilik dan rumah untuk hidup bersama selepas di ijab kabulkan nanti.

Aku kongsikan untuk bakal pengantin atau pengantin lama mengenai barang-barang yang korang perlu ada jika diperlukan. Mesti tengok dan mesti baca . mana tau ada yang korang terlepas pandangkan. Korang rujuk PAUTAN INI.

aku memohon maaf kalau entri SINGLE LEBIH BAIK DARI COUPLE ! ni mengguris hati korang.boleh komen di bawah untuk feedback kepad aku ^_^

sekian.

Entri 4 nov 2015 diupdate semula pada 24 disember 2016

1 comment:

  1. Menarik entry ni :) Because i'm single ;) Walaupun pernah couple sebelum ni, tapi memang saya sokong sangat-sangat apa yang dikatakan. It's a fact! ^.^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.