BETUL KE TEKNIK PERTAHANKAN DIRI BERHANTU ?

BETUL KE TEKNIK PERTAHANKAN DIRI BERHANTU ? | Pernah tak kita terdengar mengenai ada sesetengah teknik mempertahankan diri mempunyai kuasa mistik di sebalik gerak geri lentok badan untuk seni mempertahankan diri tersebut. Pernah sekali di zaman sekolah, aku dapat cerita yang mengatakan ada sesetengah step dalam seni pertahankan diri yang di ajar mempunyai kisah misteri tersendiri.


BETUL KE TEKNIK PERTAHANKAN DIRI BERHANTU ?


Ada yang mengatakan siapa yang menggunakan step tersebut mampu untuk hilang kawalan akal mereka sebaliknya badan mereka di kuasai oleh " kuasa " tersebut. Aku yakin korang pun pernah dengar mengenai kisah macam ini kan. selain itu, tarian yang klasik juga di katakan mempunyai kuasa tertentu dan lebih mempunyai kuasa mistik yang sepertinya menjaga tarian tersebut.

Contoh Tarian adalah tarian Kuda Kepang. korang boleh baca sendiri dalam akhbar baru-baru ini yang ada menyiarkan mengenai kisah mistik di sebalik tarian kuda kepang. Apa yang penting sekarang, kuasa mistik tidak mempunyai apa-apa kekuatan kerana Allah sahaja yang mempunyai kuasa atas segala sesuatu.

Antara kepentingan belajar teknik pertahankan diri adalah untuk membantu kita apabila kita di serang oleh musuh di mana sahaja kita berada. dengan mempelajari seni mempertahankan diri kita juga mampu untuk mengelakkan kita di landa musibah dan di cederakan.

Ada 5 jenis Seni Mempertahankan Diri Yang boleh korang belajar. Rujuk Pautan Ini . Agak-agak korang dalam 5 jenis tu kan yang mana berhantu ? fuhh seram betul bila baca. Naik bulu roma tak ? Sebagai konklusi, belajar teknik mempertahankan diri adalah perkara yang amat baik ,elakkan dari mengikat aktiviti seni mempertahankan diri dengan perkara mistik dan misteri. Bulatkan keyakinan hanya kepada Allah.

Sekian.


2 comments.. read them below or add one

Pha Is Pha Is December 19, 2016 at 2:18 PM
nice share.. pandai tarik minat pembaca untuk lihat info tambahan..

sebagai seorang pengamal silat, memang x dinafikan dunia silat melayu kita tak dapat lari dari alam mistik. dan bila datang agama islam, unsur2 islami mula dimasukkan menggantikan unsur2 khurafat akan tetapi disebabkan pegangan dulu yang agak kuat, agak sukar membuang segala unsur tahyul yang telah menebal sekian lama tu..

entri berkaitan : http://www.budakpening.com/2011/06/silat-hantu-raya-kebatinan-dalam.html
Shikin Razali Shikin Razali December 20, 2016 at 12:02 AM
Rindunya dengan dunia persilatan.. =) Nice sharing..

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)