PENGALAMAN PERTAMA MAKAN DOMINO'S PIZZA !

PENGALAMAN PERTAMA MAKAN DOMINO'S PIZZA ! | Semalam ( 2/11/2016 ) merupakan pengalaman pertama aku makan pizza domino . nampak macam lawak kan tapi itulah hakikatnya . Sebabnya aku jarang makan pizza dan selalunya bila makan pizza ,automatic akan terus ke pizza hut sebabnya dah selesa dengan makanan di pizza. tapi kali ini aku cuba benda baru dan nak try rasa Domino's Pizza ni sedap ke tidak . Jom baca PENGALAMAN PERTAMA MAKAN DOMINO'S PIZZA !


PENGALAMAN PERTAMA MAKAN DOMINO'S PIZZA !


Aku memilih promo baru dari domino's yang menawarkan  Satu set fabulous four dan 2 pizza akan dapat percuma 1 botol pepsi . Tawaran ini nampak macam menarik memandangkan aku tak familiar dengan Domino's Pizza . Aku beli direct dari kedai domino's . mungkin ada yang tanya boleh tak delivery ? boleh sahaja cumanya tengok kawasan tempat tinggal korang . sebab ada tempat yang tiada delivery .


PENGALAMAN PERTAMA MAKAN DOMINO'S PIZZA !


Apa yang ada di dalam Fabulous Four ?

Di dalam Fabulous four ada 4 jenis makanan iaitu Golden Roasted Drummet,Garlic Cheese Onion Rings , Cheesy mozarella Stix dan Mini Cinnadots . Harga Fabulous Four Domino's Pizza adalah Rm 19.90 untuk satu set . Kalau korang tak makan pizza, Aku rasa fabulous four ini pun dah cukup mengenyangkan perut anda . 



PENGALAMAN PERTAMA MAKAN DOMINO'S PIZZA !PENGALAMAN PERTAMA MAKAN DOMINO'S PIZZA !PENGALAMAN PERTAMA MAKAN DOMINO'S PIZZA !PENGALAMAN PERTAMA MAKAN DOMINO'S PIZZA !



Mesti ramai yang nak taukan dalam 4 makanan dalam Fabulous Four ni mana yang paling sedap ? kalau aku aku pilih Garlic Cheese Onion . hehe sebabnya texturenya yang lembut . Cheesy Mozzarella Stix pun sedap juga sebab banyak cheese dalam tu dan membuatkan korang terasyik dengan makanan tersebut. 

Yang paling tak sedap adalah Mini Cinnadots. hehe sebabnya kurang rasa .tapi ini pendapat aku ja, kalau korang rasa sedap . okay lah kan. lidah kita lain-lain . betul tak ? Untuk Rasa Pizza . aku rasa sama sahaja dengan Pizza Hut dan mungkin Domino's pizza ni lebih rangup .tetapi rasanya sama sahaja mengikut lidah aku . hehe

Untuk pembaca blog kataubaid  ! aku nak bagi Code promo Buy 1 Free 1 Pizza Domino ! korang hanya masukkan kode WBG9 menerusi link ini . kemudian korang ikut arahan yang di tetapkan ya ! Bila lagi orang nak bagi pizza free kan ! ingat sampai 6 november ni sahaja !!!

itu sahaja PENGALAMAN PERTAMA MAKAN DOMINO'S PIZZA ! semoga ia dapat membantu korang memilih menu makanan di Domino's Pizza . ada macam-macam lagi menu di sana . aku hanya review apa yang aku makan sahaja . hehe Semoga bermanfaat. oh ya ! jangan lupa pakai kupon yang aku bagi tu !!!

Sekian.

Previous Post Next Post