KISAH PERBUALAN DENGAN PAKCIK ARAB MESIR !

KISAH PERBUALAN DENGAN PAKCIK ARAB MESIR ! | Assalamualaikum. alhamdulillah dapat jumpa lagi kali ni ya..hehe..best lak bila dpt menulis ni..tapi lepas ni kena control dah la yer. sebab exam pun dah nak dekat. , kena la buat yang kan.kalau kita berjaya, kita boleh tolong agama Allah , menuntut ilmu ni perlukan semangat yang kuat dan pembakar smngat kita agar kita terus istiqomah dalam mempelajari ilmu . betul tak ?


KISAH PERBUALAN DENGAN PAKCIK ARAB MESIR !
Nasi bujang. hehe


hari rasanya nk kongsi ngan korang tentang kehidupan aku di mesir ni .entah knapa aku suka cerita benda ni kan..aku harap korang pun boleh datang sini satu hari nanti insyaallah . Minggu ni adalah minggu kedua aku kat sini,alhamdulillah ,kelas berjalan seperti biasa. aku pun mula menyesuaikan diri degan kelas PBL aku.Maklum la..minggu lepas kan bru first week,masih cuak lagi la org kata. hehe.

Lepas kelas biasanya aku akan balik umah jer.malas la nak jalan-jalan ke tempat lain hehe..cuaca dekat sini panas betul bila time musim panas . sebut mengenai cuaca , di sini sekarang kalau waktu siang, panas tapi angin dia sejuk. subhanaallah. first experient la kata kan.tak lama lagi musim sjuk. masa yang paling di tunggu-tunggu hehe..waktu malamnya..aku wat kerja sikit. study sikit dan then baru tdo..tu ja kehidupan aku kt sini.I wish to learnt more here.Insyaallah.

kehidupan kita di Malaysia,berbeza degan mesir. totally beza. kadang-kadang aku suka juga compare tpi tuk suka-suka jer. hehe. klau kita asyik compare antara dua negara, kita pasti nak balik dok malaysia..Kalau dari sudut yang lain,klau kita fikir,kita boleh dapat something degan kehidupan tu..btul tak ? tpi alhamdulillah,kami masih di sini mengejar cita-cita .huhu..

Aku terjumpa seorang pak cik kat sini.dia kata Malaysia ni bagus. Dia tengok kat tv yang malaysia ada bangunan tinggi-tinggi . time aku degar pak cik ni cakap, aku rasa terharu lak.Malaysia memang hebat,tolong hargai yer..hehe.. Pak cik tu berumur 81 tahun.Dia boleh cakap Inggeris , Arab dan France. tapi dia kata kat aku,sekarang dia dah tua,dia dah mula lupa prktaan english .aku pun dapat rasa mcm tu.

aku tengok dia cuba fikir perkataan-perkataan tuk cakap ngan aku. kesian juga aku tgk pak cik ni . Tapi dia still cuba tuk berckap.dia berfikir panjang seblum berckap dengan aku,mungkin nak bagi aku paham . Aku rasa kerdil pulak bila sembang dengan pak cik tu. ye la, dia dah umur 81 tahun still boleh bercakap banyak bahasa.yang aku ni bru je berumur 20 tahun  ,masih merangkak-rangkak dalam bertutur bahasa asing.

KISAH PERBUALAN DENGAN PAKCIK ARAB MESIR !
Roti Tokmiyyah Mesir


Pak cik ni ingat aku dri indonesia * da muka indon ke aku ni ?? .. hehe..pak cik ni aku tengok dia macam educated juga la..sebab dia kata dia pernah duk kt arab saudi dan dia pun tahu different bahasa.dia kata kat aku, dulu dia ajar anak-anak dia bahasa inggeris ,france dan arab..dia juga ajar anak-anak dia math and geografi. hebat betul.sekarang anak-anak dia dah berjaya .tapi still jaga dia.

Masa anak dia mengajar kat Arab saudi,anak dia bwa dia p sama-sama tuk tinggal kat sana. Aku pun nak jdi mcm tu, aku nak berbakti kepada org tua aku smpai akhir hayat aku. korang macam mana ? lepas tu da la pak cik tu share sikit tentang ilmu dia dan pengalaman dia. Aku harap perkenalan ni tak berakhir mcm tu ja.bnyak lgi yg boleh kita belajar dari org lama sperti mereka.

aku rsa cukup la stkat tu yer..aku harap korang enjoy baca entri aku kali ni . Pengalaman berada di tempat orang sesuatu perkara yang sukar untuk di lupakan . ia umpama mimpi jadi kenyataan dalam hidup aku . kalau korang ada benda or something nak share, boleh jer komen kat sini atau komen kat page aku k .like la skali..hehe..

Sekian.                      

Entri 12 oktober 2012 di update semula pada 5 november 2016

Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

Nik Azidah Nik Azidah November 5, 2016 at 12:23 PM
All the best. Good luck untuk exam nanti ye :)

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)