ADA APA DENGAN 11 NOVEMBER DI MALAYSIA ?

ADA APA DENGAN 11/11 DI MALAYSIA ? | Ramai yang tertanya-tanya ADA APA DENGAN 11/11 DI MALAYSIA ? sebabnya banyak promosi-promosi yang berlangsung sempenan 11 november . adakah kerana tarikh ini merupakan angka yang menarik atau ada agenda di sebalik 11/11 ini ? Untuk pengetahuan anda, 11 november atau 11/11 mempunyai kisahnya yang tersendiri . Akan tetapi bagi aku, kebanyakkan promosi yang di keluarkan oleh syarikat-syarikat tertentu bersempena 11/11 adalah berdasarkan angka semata kerana angka 11 itu angka yang unik .


ADA APA DENGAN 11/11 DI MALAYSIA ?


ADA APA DENGAN 11/11 DI MALAYSIA ?

Untuk pengetahuan anda , 11 November merupakan tarikh berakhirnya peperangan dunia yang pertama . Pada Jam 11 pagi, 11 haribulan 11 november berakhirlah perang dunia pertama atau World War I . Perjanjian menamatkan Perang Dunia tersebut berlaku di Perancis . Seramai 9 juta Askar terbunuh dan 21 juta lagi cedera . Perang Dunia pertama banyak memberi kesan yang buruk kepada Dunia dan akhirnya menyebabkan Perang Dunia seterusnya .

Contoh lain , kalau anda peminat bola sepak inggeris, pasti anda menonton perlawanan EPL dan mempunyai logo warna merah berbentuk bunga di dada mereka . Mereka juga akan bertafakkur selama 1 minit di tengah padang sebelum memulakan perlawanan mereka ,ya ia masih di bawa sampai sekarang . Kenapa mereka memakai bunga merah di dada ? kerana untuk mengingatkan mengenai 11 november iaitu hari peringatan buat mereka terhadap tragedi Perang Dunia Pertama yang aku sebut di atas .

Di Malaysia pula , 11 November tiada apa yang istimewa untuk di raikan di peringkat negara. Sebaliknya di peringkat negeri, 11 november merupakan hari Keputraan bagi Sultan Kelantan. Dan selalunya ia di sambut pada 11 November setiap tahun . Jadi, orang kelantan lebih signifikan dengan tarikh 11 November .



Bagi yang lain, mungkin 11 november setiap tahun adalah semata-mata angka yang unik . itu sahaja akan tetapi aku yakin ramai di antara kita mempunyai sejarah tersendiri mengenai 11 november ini . jom kongsikan dengan aku . hehe komen di bawah ya . Aku nampak tahun ini banyak promosi dan sales di keluarkan sempena 11 november sama ada secara online mahupun di pasar raya berdekatan . jadi, itulah serba sedikit mengenai ADA APA DENGAN 11/11 DI MALAYSIA ?

Sekian.

Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)