Recents in Beach

HOTEL PURI PUJANGGA - Hotel dalam UKM, Bangi.

HOTEL PURI PUJANGGA LOKASI TEMPAT PENGINAPAN SEKITAR BANGI. Baru-baru ini aku sempat short escape ke kawasan Bangi, Selangor dan sempatlah juga menginap di sebuah hotel yang terletak di dalam UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mulanya aku tak surelah kan sebabnya dia cakap lokasinya dalam UKM , bila sampai memang betul dalam ukm lokasi Hotel ini .nama hotel tersebut adalah Hotel Puri Pujangga. Aku boleh cadangkan untuk yang nak book hotel ini untuk tempat tinggal convo UKM atau event lain.

Antara sebab aku cadangkan korang pilih hotel ni adalah seperti berikut .


HOTEL PURI PUJANGGA Bangi



Kelebihan Menginap di Hotel Puri Pujangga adalah :



1. Dalam kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia .
2. Kawasan sekelilingnya yang sejuk dan tenang .
3. Bilik Luas dan selesa .
4. Ada wifi laju .

Review Hotel Puri Pujangga, Bangi.

Secara jujurnya aku tak jangka bilik hotel puri pujangga ini akan sebesar ini untuk normal room. Ia berbeza dengan hotel lain. kalau korang pernah duduk dekat hotel Seri Malaysia, bilik hotel puri pujangga lebih besar berbanding hotel seri malaysia.

Walaupun susunannya hampir sama. Jadi agak berbaloi kalau korang yang ada event di sekitar Bangi dan kawasan sewaktu dengannya untuk menetap di hotel ini .


HOTEL PURI PUJANGGA Selangor

Gambar di atas ni adalah pemandangan dari tingkap bilik kami. Bilik ini terletak dibahagian belakang bangunan dan kalau korang nampak, dekat belakang tu ada track mini stadium UKM.

Boleh nampak student-student tengah jogging dekat situ. hehe

Bilik HOTEL PURI PUJANGGA UKM

Bilik HOTEL PURI PUJANGGA UKM

Bilik HOTEL PURI PUJANGGA UKM

Gambar atas ni pula keadaan tandas yang disediakan. Memang selesa dan yang paling penting adalah bersih. Kalau masuk hotel, tapi tandas tak bersih memang kacau mood aku. hehe

Bilik HOTEL PURI PUJANGGA UKM


Ini pula keadaan di dalam bilik hotel kami. Memang luas dan sangat sesuai untuk yang ada anak kecil. Ada ruang untuk diorang main-main dan tak terlalu padat. Jangan risau ada katil yang besar untuk korang.

Untuk tempahan, korang boleh tempah melalui Hotel.com atau Trivago.com . Lebih mudah ,cepat dan pantas ! macam iklan dekat tv dah . hehe

Korang boleh survey harga dekat dua laman web yang aku kongsikan tu ya. Mana lah tau dapat harga murah kan . Itu sahaja review aku untuk Hotel Puri Pujangga ini.

Semoga perkongsian aku ini dapat membantu korang untuk memilih tempat penginapan ketika percutian korang sekeluarga.

Terima Kasih.
Sekian.

Post a Comment

0 Comments