PERKARA SUNAT UNTUK ORANG YANG MELAKUKAN QURBAN AIDILADHA !

PERKARA SUNAT UNTUK ORANG YANG MELAKUKAN QURBAN AIDILADHA ! | Menjelang beberapa hari lagi bakal menjelma satu hari yang mulia dan menggembirakan buat ummat islam di seluruh dunia . Hari perayaan keagamaan yang di maksudkan adalah Hari Raya Aidiladha . Hari Raya Aidiladha menjadi keutamaan kepada ummat islam untuk menyambutnya di samping hari raya Aidilfitri . Aidiladha juga terkenal dengan ibadah qurban . Sebelum ini aku dah cerita mengenai Pengertian Syarat dan Hikmah Ibadah Qurban , kali ini aku nak kongsikan mengenai Perkara Sunnat untuk orang yang melakukan Qurban .


PERKARA SUNAT UNTUK ORANG YANG MELAKUKAN QURBAN AIDILADHA !


Perkara Sunnat untuk orang yang melakukan Qurban .

[ perkara sunnat bagi orang yang masuk panggu korban ]
Sabda Rasulullah S.a.w.:“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. [Hadits Riwayat Imam Muslim, Hadits dari Ummu Salamah]
“Barangsiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. [Hadits Riwayat Imam Muslim]

Jelaslah menerusi hadis yang di sebutkan , Rasulullah melarang untuk orang yang menyertai ibadah qurban daripada memotong kuku dan menggunting rambut mereka sehinggalah mereka selesai ibadah qurban .Dalam bahasa yang mudah faham, jangan gunting rambut dan potong kuku sehingga selesai ibadah qurban tersebut .

Aku pernah dengar ustaz cakap, tujuan tak potong kuku dan gunting rambut ada kerana nak merasai sahabat-sahabat kita yang berada di tanah suci yang sedang menjalani ibadah Haji. Mereka juga tidak memotong rambut dan kuku kerana mereka berada di dalam ihram . Jadi itulah sebabnya, orang yang menunaikan ibadah qurban di sunnatkan agar tidak memotong kuku dan rambut .

Semoga entri mengenai perkara sunnat untuk orang yang melakukan qurban ini bermanfaat untuk kita semua. jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan . kita sebarkan ilmu , nanti dapat pahala .Insyaallah .

Sekian.

Previous Post Next Post