PENGALAMAN ZIARAH MAKAM DI MESIR PART 1 ! MESTI BACA !

PENGALAMAN ZIARAH MAKAM DI MESIR | Kisah Coretan pengalaman ziarah makam di mesir aku tulis pada 17 febuari 2014 . Mesir terkenal dengan kisah para ulama dan para Nabi-nabi yang sudah tidak asing bagi orang islam .Antara tempat yang aku sering cadangkan sebagai tempat travel menarik adalah mesir . korang yang nak travel boleh try singgah dekat mesir. lokasi dia juga tidak jauh dari negara-negara Eropah.  Semoga pengalaman ziarah makam ulama di mesir ini bermanfaat untuk semua .

Assalamualaikum. coretan aku bermula pada 16 Febuari 2014 seusai solat subuh, aku di telefon oleh akhi syazni tuk ziarah makam . aku terlupa sbnrnya . lalu terus siap-siap dan bersama kawan2 lain di istad gamaah berhadapan dengan syari' Hassan saed .ternyata sudah ramai yang menunggu , serba salah juga dibuatnya . tp bukan aku je yang lewat rupanya ada lagi yang lewat. selamat aku.. haha.

setelah smua berkumpul . jam 7 pagi lebih kurang , kami mulakan perjalan ke Makam yang pertama iaitu makam imam asy-syafie . kami menaiki tremco ke sana dan ahli-ahli tremco aku adalah anuar , syed ,azfar, aiman, anuar, haziq ,adib ,asyraf wajdi , ustaz azrai , kak amalina dan kak farhana .

dlm perjalanan kami bnyak habiskan masa dengan berehat dan tidur sebentar . tapi aku tak boleh tidur. entah kenapa. Jadi aku pun menggapai buku antologi orang berdosa : ISLAMKU SEKADAR PADA IC . buku yang mana aku blom habis khatamkan lgi utk aku habis kan. Alhamdulillah ,sblum smpai aku habiskan juga buku tu :)

Setelah dlm perjalanan hampir 3 jam ke 4 jam aku tk sure..sbb aku tk tgk jam..main redah jerr. hehe kami hampir tiba di makam imam syafie ,tremco kami bertiga di tahan oleh pihak berkuasa mesir . cuak gak laa* tp control macho .. haha . rupanya lpas ditnya , driver tremco ni tak da permit utk membawa penumpang di kawasan cairo .

dari hari tu baru aku perasan yang stiap tremco yg ingin membawa penumpng ke kawsan yang lain perlu mendpt permit mcm roadtag gitu . jadi mereka kena saman laa..hahaha *gelak jahat.. :P

alhamdulillah,lepas tu kami dpt meneruskan perjalanan kami ke makam imam Asy-syafie .

seblum masuk kami menunaikan solat zohor dulu di masjid imam syafie . masa dok dlm masjid tu. terasa dekat je dengan imam Asy-syafie. walaupun tak pernah bersua. terasa sebak mngenang dosa yang bnyak ini,mampukah aku melihat atau menziarahi maqam ulama' ini .

setelah selesai solat zohor dan di jama'kan dengan asar , kami bergerak ke maqam imam syafie yang terletak di bahagian belakang masjid. sebelum masuk kedalam masjid, kami di beritahu oleh 2org ustaz dari uni al-azhar mengenai adab2 ketika menziarahi maqam . seorang jer yang aku ingt namanya iaitu ustz iqbal. sbb sempat sembng dgn beliau sblum masuk ke masjid saida nafisah *siapa saida nafisah ?? nntkan part 2 nnt :)

Makam Imam Syafie di Kaherah Mesir
Penulis di depan makam imam Syafie 


setelah itu,kami pun masuk kedalam kawasan yg menempatkan makam imam asy-syafie .sunyi sepi tapi masih terjaga dengan rapi .di kala msuk memerhati maqam , trungkap kisah hidup imam asy-syafie untuk tatapan para pelajar .


andai kamu kata,miskin itu penghalang kamu untuk belajar , imam asy-syafie contoh yg dekat utk kamu terus berusaha. beliau seorang yang miskin tpi di usia 7 tahun beliau sudah hafal al-quran . di usia 10 tahun beliau sudah hafal kitab al-muwatha' tulisan imam malik yakni guru beliau .

miskinnya beliau, apabila di dalam kelas,beliau terus menghafal apa yang di ajar oleh gurunya.di kala beliau ingin menulis beliau menulis di tangannya dengan menggunakan air liur .

satu kisah, pada suatu hari guru imam asy-syafie sedang mengajar beliau dan rakan-rakan nya. guru beliau ternampak beliau sedang menulis di atas tgn nya. lantas selpas habis pngajaran, guru beliau memanggil beliau. lalu bertanya kenapa kamu seperti bermain dgn tgn kamu kta saya tgh mengajar.

aku menulis apa yang kamu ajarkan wahai guru. lantas guru pun melihat tgn imam asyafie . ternyata tidak ada apa pun catatan di tgn. lalu guru bertnya mana buktinya ?

lantas imam syafie menceritakan segalan-galanya apa yang di ajarkan oleh gurunya dari pertama hingga akhir. subhanaallah,hebat kan ulama kita. jadi tak perlulah kita segan kalau kita miskin sbb ada org lgi miskin dari kita .


berhampiran dengan makam imam asy-syafie terdapat tapak kaki rasulullah S.A.W . suatu hari imam syafie bermimpi bertemu rasulullah, setelah bangun dia mendapati ada tapak kaki baginda di situ.. subhanaallah.

nanti aku upload gambar tu ya ^_^

setelah menziarahi makam imam asy-asyafie kami bergerak ke makam setrusnya iaitu imam allayth ,iaitu imam sezaman dengan imam asy-syafie . jadi apa kisah di sebalik imam allayth tu ?? nantikan PART 2 ..

Maaf sebab stop kat sini..sbb ada hal nak buat. jumpa lagi ^_^

sayang Rasulullah dan Sayang ulama ^_^

Sekian, wassalam .

p/s : selepas ziarah makam imam asy-syafie , kami menziarahi makam imam allayth, kemudian ke makam ibnu sirin dan akhir sekali makam saiyida nafisah .ada kisah menarik di sebalik makam2 ini..nantikan sambungnnya ^_^ ? jom like --> " PAGE INI "


Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)