KENAPA HARI RAYA AIDILADHA TIDAK MERIAH DI MALAYSIA ?

KENAPA HARI RAYA AIDILADHA TIDAK MERIAH DI MALAYSIA ? | Korang pernah tak terfikir mengenai sambutan hari raya aidiladha di Malaysia yang di meriah berbanding hari raya Aidilfitri . Entahlah, aku pun perasan perkara ini beberapai hari yang lalu . Kalau nak di bandingkan, Sambutan hari raya aidilfitri lebih meriah berbanding Aidiladha . Kalau korang masih ingat, 3 minggu sebelum hari raya aidilfitri, dah berkumandang lagu-lagu raya di radio dan televisyen . tapi lain pulak yang berlaku pada hari raya aidiladha. Sunyi sepi .

Sepatutnya, kita lebih meraikan aidiladha berbanding aidilfitri. Rakyat Malaysia dah salah faham mengenai sambutan hari raya . mesti kita tertanya-tanya apa yang ada dengan Hari raya Aidiladha ? Korban dan haji jer ?  . Pernah tak korang terfikir mengenai kenapa Takbir raya lebih lama waktunya di hari raya aidiladha berbanding ketika aidilfitri ? pernah tak korang terfikir, kenapa haji di tetapkan ketika Hari raya Aidiladha ?

KENAPA HARI RAYA AIDILADHA TIDAK MERIAH DI MALAYSIA ?



Persoalan tersebut semuanya akan menimbul kekaguman kita mengenai sejarah Hari Raya Aidiladha .Hari raya aidiladha sinonim dengan peristiwa pengorbanan 2 orang Nabi iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail serta Siti Hajar . Saat di minta oleh Allah agar menyembelih anak mereka yang mereka baru peroleh , mereka tetap taat dan menunaikan apa yang di suruh oleh Allah . Oleh kerana ke taatan mereka, Allah gantikan sembelihan Nabi Ismail kepada sembelihan kibash .

Hari raya Aidiladha mengajar kita untuk tambah ketaatan kepada Allah . Selain dari itu, kita yang menunaikan haji lebih dekat dengaran rasa keinsafan  . Kita lihat para hujjaj ( orang yang buat haji ) , terasa kerdil diri kita yang masih belum berpeluang mengerjakan haji ini untuk terus bersemangat untuk menambah kewangan untuk mengerjakan haji pada tahun-tahun berikutnya . Apabila manusia di panggil oleh tuhan untuk menghadapnya di Baitullah Al-haram ,sudah pasti ia menjadi satu kemuliaan apabila di pilih ke sana.


baca juga : Perkara sunnat untuk orang yang melakukan ibadah Qurban .

Maka tinggallah pakaian yang cantik-cantik di tanah air , tinggallah anak pinak yang kaya raya di tanah air ,tinggallah segala harat yang kita ada di tanah air demi menyahut suruan ilahi. Di sana, berbekalkan dua helai kain untuk melakukan ibadah haji . 2 helai kain yang tidak berjahit itu mampu melahirkan keinsafan di dalam diri apabila menjadi tetamu Allah . Hinanya kita, pakaian mewah kita , pakaian berjenama kita di tinggalkan begitu sahaja kerana ia tidak di pandang oleh Allah melainkan hati yang ikhlas

.
Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa Aidiladha. tetapi ramai yang tidak ambil kisah mengenainya dan terus mengabaikan peristiwa yang berlaku dari pengetahuan zuriat-zuriat mereka. Maka lihatlah akan berlaku kerugian yang besar andai tidak menceritakan peristiwa agung  yang berlaku ketika Sambutan Aidiladha . Semoga hari raya aidiladha yang akan di sambut pada 12 september 2015 ini akan menjadi lebih meriah seandainya kita memahami apa yang berlaku di sebalik sambutan hari raya Aidiladha . Sebarkan agar kawan-kawan kita juga mengetahuinya .

Sekian .

Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

Mud Bahulu D'Qaseh Mud Bahulu D'Qaseh September 20, 2016 at 2:38 PM
mahu tak meriah, jem sepanjang2 jalan...balik klate plng cpt 12jam yg biasa 5 jam huhu

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)