KELEBIHAN PUASA SUNNAT HARI ARAFAH !

KELEBIHAN PUASA SUNNAT HARI ARAFAH ! | Hari arafah atau hari wukuf merupakan hari di mana semua jemaah haji yang melakukan haji di mekah berkumpul diArafah untuk berwukuf . Menjadi rukun kepada jemaah haji untuk berwukuf di padang Arafah jika ingin menyelesaikan ibadah haji mereka . Ibadah wukuf di Arafah juga menjadi medan tahunan ummat islam berkumpul di Mekah untuk mengerjakan haji setiap tahun . Bagi yang tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji, kita di sarankan untuk melakukan puasa sunnat hari arafah . Berikut merupakan Kelebihan Puasa Hari Arafah .


Baca juga : Hari Arafah : 9 Zulhijjah .

KELEBIHAN PUASA SUNNAT HARI ARAFAH !, Tarikh puasa sunnat hari arafah 2016

KELEBIHAN PUASA SUNNAT HARI ARAFAH !

Menurut hadis riwayat muslim , baginda rasulullah bersabda

Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang kemudian .
Tarikh Wukuf hari Arafah 

9 Zulhijjah Setiap tahun .

Bilakah jatuhnya hari arafah bagi negara Malaysia 2016 ? 

Menurut penyimpan mohor raja-raja melayu , Hari raya Aidiladha jatuh pada 12 september 2016 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1437 . Manakalah Pihak arab saudi mengishtiharkan hari arafah jatuh pada 11 September 2016 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1437 H .

Waktu untuk puasa hari arafah 2016 Di Malaysia ?

Hari : Ahad
Tarikh : 11 September 2016 bersamaan 9 zulhijjah 1437H .

Hari Arafah sinonim dengan peristiwa khutbah wada' di mana khutbah perpisahan yang diucapkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Banyak Pengajaran dari khutbah perpisahan baginda ,antaranya adalah baginda berpesan " aku tinggalkan kamu dua perkara, jika kamu berpegang dengannya pasti kamu tidak akan sesat, Al-quran dan As-sunnah ".

Niat Puasa Sunnat Hari Arafah bahasa melayu .

" Sahaja Aku berpuasa pada hari arafah,sunnat kerana Allah "

Jadi, boleh lah sama-sama kita ambil berkat hari Arafah dengan berpuasa satu hari sempena Hari Arafah dan semoga kita dapat memperolehi kelebihan puasa sunnat Hari Arafah sebagai mana Baginda Rasulullah beritahu kepada kita . Jangan lepaskan peluang untuk berpuasa pada hari arafah .

Sekian.


Previous Post Next Post