TEMA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2016


TEMA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2016  |  Tanggal 31 Ogos saban tahun menjadi detik keramat bagi semua rakyat malaysia dalam menyambut hari kemerdekaan negara . Pada tahun 2016, sekali lagi negara akan melalui hari kemerdekaan pada 31 ogos 2016 ini . Sebagai persiapan dan untuk memeriahkan lagi Sambutan hari kemerdekaan negara, Kerajaan telah memutuskan untuk mengekalkan tema sambutan kemerdekaan tahun 2015 untuk diguna pakai pada tahun 2016.

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia 2016 - Sehati Sejiwa .

Tema Sehati Sejiwa melambangkan semangat satu padu dan perpaduan di dalam kepelbagaian kaum di Malaysia . Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia wajar untuk menyambut dan meraikan kemerdekaan di dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Semangat perpaduan yang semakin luntur haruskah kembali di tingkatkan agar keharmonian negara terus terjamin .

Baca juga : Hashtag Sehati Sejiwa

Logo Hari Kemerdekaan Malaysia 2016 

logo sehati sejiwa
Gambar :mysumber.com
Logo sambutan kemerdekaan 2016 yang berbentuk hati melambangkan kesepaduan rakyat malaysia hidup sejak sekian lama . Logo ini juga mencerminkan kasih sayang dan perpaduan di kalangan rakyat  Malaysia di samping kelihatan juga peta malaysia sebagai lambang keakraban negeri-negeri di Malaysia.


Sudah Pasti , tema sambutan kemerdekaan Malaysia 2016 ini iaitu Sehati sejiwa akan di ingati dan di kenang dalam menjadikan negara Malaysia sebagai negara aman dan damai. Untuk Rakyat Malaysia, Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 ! hargai merdeka, dan merdekakan lah Malaysia dari rasuah dan perkara-perkara yang menjatuhkan negara.

Sekian.


Previous Post Next Post