SURAT LIN DAN ADALAH REKAAN !

SURAT LIN DAN ADALAH REKAAN !  | Baru-baru ini berlangsungnya kejohanan olimpik di rio , Malaysia tidak terlepas dari merasai kehangatan kejohanan tersebut. Ditambah pula, pemain yang menjadi sandaran buat negara Malaysia beraksi di pentas Final baru-baru ini .Satu pencapaian yang hebat buat atlet negara apabila berjaya membawa pulang pingat dan juga bagi yang melayakkan diri ke sukan olimpik juga satu penghormatan buat anda . Tumpuan terarah kepada acara terakhir yang menjadi sebutan peminat sehingga ke hari ini iaitu acara Badminton .

Skuad Badminton negara agak baik pretasi mereka apabila Perseorangan lelaki, beregu lelaki dan juga beregu campuran berjaya membawa pulang pingat buat negara. Sebelum ini di London skuad negara hanya membawa satu pingat menerusi badminton sahaja iaitu dari Lee Chong Wei. Begitu juga dengan edisi kali ini. Dato Lee Chong Wei menutup edisi olimpik rio dengan satu pingat untuk negara.
SURAT LIN DAN ADALAH REKAAN !


Berbalik kepada perlawanan tumpuan, sudah pasti perlawanan tumpuan badminton adalah di antara  Lee Chong Wei dan juga Lin Dan di separuh akhir olimpik. Suasana di tanah air begitu meriah sekali ketika perlawanan tersebut apabila ada beberapa kawasan yang di pasang dengan skrin besar bertujuan untuk menonton bersama-sama perlawanan tersebut. Lebih manis apabila Lee Chong Wei berjaya mengalahkan Lin dan si separuh akhir. Rakyat Malaysia ketika itu begitu gembira dan media sosial di penuhi dengan ucapan tahniah dan ucapan kegembiraan dari rakyat malaysia.

ketika itu jugalah tersebarnya satu surat yang di katakan di tulis sendiri oleh Lin dan Kepada Lee Chong wei setelah tewas di tangan lee chong wei. Persoalannya, betulkah surat itu ditulis oleh Lin Dan ? Menurut laporan Astro awani, Tiada pengesahan yang diberikan oleh lee chong wei mengenai surat itu kepada media. dan dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan surat itu hanyalah bayangan sahaja . Sumber - http://www.astroawani.com/video-sukan/surat-lin-dan-kepada-datuk-lee-chong-wei-hanyalah-bayangan-124073

SURAT LIN DAN ADALAH REKAAN !


Pada mulanya, aku sendiri nak percaya tulisan surat itu. tapi selepas aku terbaca satu artikel yang bertajuk lebih kurang , lee chong wei balas surat lin dan . masa tu aku dah agak dah mesti ada something wrong dengan artikel yang di tulis. Sempat juga lin dan nak tulis surat dekat lee chong wei sewaktu dia di olimpik rio . dan surat tu pulak viral hanya di Malaysia . agak pelik sebab kedua-dua pemain ini adalah pemain bertaraf dunia . Mereka berada di top 5 dunia. sudah pasti mereka menjadi tumpuan dunia. tak kan isu sebegini tidak mendapat liputan media luar .

Setakat laporan Astro Awani tu, kita boleh anggap ia sebagai bayangan ataupun rekaan . Seronok blogger tu dapat traffic banyak. hehe

Sekian.

Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)